SEARCH

Imej Seksi Baru Zizi Kirana Untuk ‘Pendekar Pena’

Imej Seksi Baru Zizi Kirana Untuk ‘Pendekar Pena’

Selepas mengukir kejayaan menerusi konsert terakhinya di The Last Altimet Show yang dihadiri lebih daripada 4000 penonton pada Februari lalu, penyanyi rap terkenal tempatan, Altimet muncul dengan single terbaru dan berduet bersama penyanyi sensasi Zizi Kirana yang berjudul Pendekar Pena.

zizi kirana pendekar pena altimet 1‘Pendekar Pena’ adalah single kedua yang dilancarkan Altimet untuk album terakhirnya ‘O’ yang dipasarkan sejak Disember tahun lalu.

Antara komposer yang terlibat di sebalik pembikinan lagu ini ialah DJ Biggie, Faliq Auri, Kidd Santhe, Adeep dan Altimet sendiri.

Berbicara mengenai kisah di sebalik lagu ini yang mempunyai maksud dan bahasa yang mendalam, kata Altimet, lagu ini berkisarkan tentang seorang rapper. 

“Lagu ‘Pendekar Pena’ mengisahkan tentang seseorang yang suka menunjuk kemampuan yang ada pada diri mereka. Rapper biasanya akan bercakap tentang betapa bagusnya diri mereka ketika menyanyikan bait-bait kata lirik lagu rap. Jadi ia satu kemestian bagi saya untuk menghasilkan lagu ini. Tetapi saya lakukan dalam prosa Melayu klasik sebagai kelainan,” jelas Altimet.

zizi kirana pendekar pena altimet 2Pemilihan penyanyi dan rapper sensasi, Zizi Kirana sebagai rakan duet pula adalah kerana dia sudah lama mengenali penyanyi itu.

“Zizi dapat menyanyikan lagu asli dengan baik. Pada masa sama dia turut dikenali sebagai seorang rapper wanita. Jadi pada saya Zizi pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini,” ujarnya.

Manakala video lirik rasmi ‘Pendekar Pena’ yang membawa konsep klasik dan menggunakan font klasik atas arahan Abidin Azizi dan Hafiz Mohtar daripada Schizomotion Media and Art dan terbitan oleh Warner Music Malaysia.

Pendekar Pena adalah terbitan Altimet Holdings Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music Malaysia selaku pengedar rasmi dan boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. Manakala video lirik rasmi ‘Pendekar Pena’ boleh ditonton dia Youtube Warner Music Malaysia bermula hari ini.

Sebarang maklumat lanjut sila layari www.altimet.com.my

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE