SEARCH

#BeYourself Di London Fashion Week & Ini 10 Pilihan Kami!

#BeYourself Di London Fashion Week & Ini 10 Pilihan Kami!

#LFW or London Fashion Week closed with a bang! Kita terhutang budi dengan Christopher Bailey kerana kelurusan hati dia menegapkan integriti di Burberry, mempersembahkan himpunan finale yang dahsyat – yang mampu melelehkan air mata – keunggulan Molly Goddard juga Delpozo dan kebaharuan Halpern… dan oh! That glorious moment di mana Ratu Elizabeth II duduk barisan hadapan bersama Anna Wintour merumuskan kehebatan minggu fesyen London musim luruh dingin 2018.

Benar, itulah yang dapat dirasai tentang London Fashion Week kali ini. Jujur dan tulus. Kebanyakan jenama atau pereka jauh sama sekali mengolah kepura-puraan dan kepalsuan.

Mereka teguh berdiri di atas jati diri yang membaluti jiwa masing-masing. Keterbukaan pereka-pereka London masa kini – baik pada cedokan inspirasi, tidak bersembunyi di balik bayang identiti rekaan dan menerima kepelbagaian – mengharumi ruang fesyen. Tiada apa yang menghambar mereka daripada berbuat apa.

london fashion week delpozo

Maka sebab itulah Christopher Bailey tidak ‘mengunci’ dirinya dan mengeluarkan sesuatu yang close to his heart. Christopher tidak langsung bersikap pesimis dengan apa yang dia percaya. Mendukung LGBTQ sebagai asas kepada rekaan Burberry yang terakhir dilihat sebagai satu daya usaha berani.

Menjulang femininity ke fasa yang berbeza pula mencirikan Molly Goddard. Molly yang tidak pernah tersisih daripada alam peliknya dan sesuatu yang distingtif, membuktikan mantera ‘who you are as a designer’ masih lagi diguna pakai. Tidak terpesong daripada sifat original itu. Begitu juga dengan Delpozo, di mana Joseph Font berpegang teguh pada  what he knows best – mengubah femininity kepada nada ultra-moden dan membaharui perihal tersebut.

Selain tiga rumah fesyen ini, ada tujuh lagi jenama fesyen di London Fashion Week pilihan STAIL.MY yang (secara peribadi) bagi kami adalah antara yang terbaik. Kerana mereka menerbitkan keaslian dan tidak menggoyahkan apa yang mereka percaya. Jadi, secara keseluruhan, siapa sepuluh pilihan kami?

THE BEST 10 DI LONDON FASHION WEEK

1. BURBERRY

london fashion week burberry

Merai tema LGBTQ – seperti mana yang telah dijanjikan oleh Christopher Bailey untuk himpunan Burberry yang terakhir. Dia ‘membongkar’ semula yang lama dan digabungkan dengan yang baharu, membawa kita ke satu perjalanan masa yang penuh emosi.
2. CHRISTOPHER KANE

london fashion week christopher kane

Christopher Kane memperkenalkan pola baru pada koleksinya, ‘More Joy’. Christopher menunjukkan keperkasaan wanita pada rekaan-rekaannya, yang sebenarnya disimbahi tema seks.
3. DELPOZO

Sekali lagi, jelas terpancar kekuatan Joseph Font – bekas arkitek – pada rekaan-rekaan Delpozo kali ini. Architectural and bold. Berani menyatukan kontra, baik pada struktur rekaan mahupun tekstur.
5. HALPERN

Apa yang kita kenal fasal Michael Halpern adalah dia takkan lari daripada estetika glamor itu. Dan benar, Halpern untuk musim ini masih tegar dengan identiti tersebut.
5. JW ANDERSON

london fashion week jw anderson

Antara yang sering menjadi highlight di LFW. Menerusi akal budi JW Anderson, dia bereksperimen – perkara yang paling dia suka. Bereksperimen dengan pola, gaya, tekstur dan seumpamanya. Ya, teruskan saja Jonathan!
6. MARY KATRANTZOU

Mary Katrantzou antara yang bijak dalam hal merujuk kepada perihal seni dalam dia mereka sesuatu. Mary faham dengan konsep imitation dan stylization. And she did it again. Mengambil kesenian Bauhaus dan Pointilism sebagai sumber inspirasi kali ini.
7. MOLLY GODDARD

Distingtif dan sentiasa unik. Molly Godddard takkan beranjak daripada ‘paradigma’ itu. She’s clearly just wanna have fun with it. Tidak terlalu strict dengan apa yang dia buat dan terlihat semangat kebebasan pada rekaan-rekaannya.
8. RICHARD MALONE

For some reason, kami jatuh hati dengan Richard Malone. Dia antara pereka muda yang tersenarai ‘Ones To Watch’. Richard mengetengahkan kelainan, kegilaan serta ketersendirian yang selama ini menjadi keinginan dunia fesyen.
9. SIMONE ROCHA

Seperkara tentang Simone Rocha, dia tidak gentar dengan konsep revolusi. Ada sahaja perubahan yang dia bawa setiap kali mempersembahkan rekaan-rekaannya. Musim luruh 2018 mempertaruhkan kebaharuan, baik pada fabrik, warna malah detailings.
10. TEMPERLEY LONDON

Apa yang Alice Temperley cuba buktikan? Dia hanya mahu menyunggukan kebenaran bahawa dia ‘lebih daripada itu’. Dia bukan pereka fesyen yang berpangsikan visi satu dimensi. Sebab itulah himpunan kali ini nampak berbeza daripada sebelum-sebelum ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE