SEARCH

20 Fall’s Bag, You Must Know!

20 Fall’s Bag, You Must Know!

Hanya ada tiga rekaan utama yang perlu anda ingat musim ini! Bucket bag, sloppy bag dan constructed bag. Ya, setelah merenung kesemua pentas pertunjukan fesyen musim luruh 2015, memang hanya tiga rekaan utama ini yang melatari kebanyakan pentas. Trend beg constructed musim ini masih berterusan daripada musim lepas. Rata-rata keras dan terletak, banyak direka sebagai beg sling. Bagus pula rasanya kerana menularnya gejala ragut di Malaysia, beg sling adalah alternatif terbaik untuk merasa lebih selamat membawanya berjalan.

Bucket bag juga sangat popular apalagi setelah fenomena beg bucket Mansur Graviel mencipta geger di kalangan pencinta beg seluruh dunia. Well pada saya beg bucket boleh disesuaikan untuk apa jua acara. Tak kira ia formal atau kasual, bucket bag is the bet for everybody. Rekaannya memang kena sahaja tak kira tempat, look atau tema. Boleh pula diletakkan semua benda di dalamnya. Sloppy bag pula saya kira diangkat musim ini kerana gayanya yang lebih malas dan effortless. Nampak seperti anda tidaklah mahu sangat membawa beg tetapi kerana banyak keperluan yang perlu diangkut bersama, maka bawalah sloppy bag – ia hadir dalam bentuk clutch begitu juga memang beg tangan. Kepit sahaja dalam genggaman.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE