SEARCH

5 Penampilan Terbaik Selebriti di Festival Filem Malaysia ke 28

5 Penampilan Terbaik Selebriti di Festival Filem Malaysia ke 28

Majlis-majlis anugerah di Malaysia kini saya rasakan tidak lagi semeriah dulu. Tiada lagi keterujaan peminat-peminat tertunggu-tunggu melihat penampilan selebriti menghadiri majlis anugerah. Majlis Festival Filem Malaysia yang berlangsung dua malam lepas juga begitu. Tidak banyak selebriti yang boleh saya nobatkan sebagai stailish. Pun begitu, lima ini adalah antara yang saya rasakan terbaik malam itu.

SolekanFestivalMalaysiaTerbaik1_stailMY

DAYANG NURFAIZAH

Penampilan ringkas Dayang pada malam FFM28 meninggalkan kesan juga. Dress dengan lengan puffy Rizalman ini hanya memberi penekanan pada bahagian lengan sahaja. Yang selebihnya direka ringkas dan polos. Khir Khalid memberi solekan istimewa apabila menggunakan lipstik kemilau Pat McGrath merah pada bibir Dayang. Rambut juga didandan ringkas. Tetapi keringkasan inilah yang menyerlahkan kecantikan Dayang.

SolekanFestivalMalaysiaTerbaik2_stailMY

CRISTINA SUZANNE

Dress merah wain Cristina Suzanne ini rekaan Nurita Harith untuk KLFW baru-baru ini. Sebenarnya sudah beberapa kali FFM, Cris senang bekerja dengan Nurita dalam mereka busananya. Penegasan pada dress ini diberikan hanya pada bahagian dada. Rekaan off-shoulder dengan teknik draping mencipta bow besar pada bahagian dada. Solekan Cris juga tipis dengan gincu dipilih senada dengan warna baju. Khairul Abidin bertanggungjawab menyolek Cris malam itu.

SolekanFestivalMalaysiaTerbaik3_stailMY

NABILA HUDA

Syabas Abil kerana berjaya memenangi anugerah Aktres Terbaik menerusi filem Munafik. Abil tampil ringkas juga malam itu dengan helaian daripada Alia Bastamam. Fabrik sheer lembut hitam menyerlahkan personaliti Abil. Solekan oleh Bosco hanya bertumpu pada mata. Teknik smokey rona hitam diseimbangkan dengan penggunaan lipstik nude sahaja. Rambut pula disanggul kemas.

SolekanFestivalMalaysiaTerbaik4_stailMY

KAKA AZRAFF

Solekan Kaka adalah sentuhan Emmy Agung. Matanya diberi garisan perak masih dianggap muted. Jadi penegasan boleh diberikan kepada bibir dengan penggunaan lipstik merah gelap. Rambut didandan dengan gaya top knot. Seperti yang ditulis Emmy di laman instagramnya, “She loves nenas, & i gave her nenas ? She otaknya mad sebelah so i told her to pakai sebelah. She’s mad, i’m mad coz we’re all mad here.”

SolekanFestivalMalaysiaTerbaik5_stailMY

MAYA KARIN

Saya suka dengan warna nude pink dress Nurita Harith yang disarung Maya Karin ini. Ini warna-warna yang mahu saya lihat lebih banyak digunakan pereka fesyen tanah air. Tidak semak. Rekaannya juga dikekalkan minimal dengan lisu di bahagian lutut mencipta flare pada bahagian bawah dress. Ia juga menyerlahkan bentuk badan Maya yang ramping. Maya nampak kemas. Cuma rambut sahaja kalau didandan lurus sahaja atau diikat sanggul kemas, akan lebih menyempurnakan penampilan Maya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE