SEARCH

80s & 90s Kitsch Adalah Trend Fesyen Sekarang… Versace Turut Mengadaptasikannya?

80s & 90s Kitsch Adalah Trend Fesyen Sekarang… Versace Turut Mengadaptasikannya?

Fashion is so subjective. Sebelum-sebelum ini, merah jambu menggantikan hitam, kemudian sut menggantikan dress malam. Kini, 80’s dan 90’s kitsch adalah trend fesyen sekarang? Efek kabur, syot-syot ringkas straightforward dan penataan gaya yang melucukan atau tidak munasabah, yang pernah suatu masa itu kita selalu cemuh, menyemarakkan senario fesyen sekarang.

Apa yang tacky atau kitsch dahulu adalah fashionable sekarang. Dan Versace adalah antara yang terkena kesan ikutan itu, turut berbicara dalam ‘bahasa’ kitsch!

Versace melepaskan kempen fesyen musim percutiannya yang terbaru – kami masih lagi bercakap fasal kempen fesyen; semalam fasal kempen Burberry, hari ini Versace pula. Mengapa tercungkil rasa kami mahu bercakap fasal kempen fesyen Versace yang baharu ini, adalah kerana inspirasi yang terbit dalam menyusun penceritaannya. Baik, ingat lagi cover novel Hester : The Roundtree Women hasil tulisan Margaret Lewerth? Gabung imej tersebut dengan drama lipur lara Dynasty (the 80’s version, not the reboot!) dan disaingi lagu ‘City Lights’ nyanyian William Pitt, kamu pasti dapat membayangkan imej kempen fesyen Versace yang kami maksudkan.

Ya, untuk Versace musim percutian 2019, Donatella Versace membabitkan diri dalam menyumbangkan tenaganya mengedit Baroness edisi kedua, – Baroness adalah majalah fesyen dan kesenian British, yang diasaskan oleh Matthew Holroyd dan Isabella Burley – di mana kedua-dua mereka (Versace dan Baroness) bahu-membahu menghidupkan kempen fesyen kali ini. Versace menyunting Sarah Baker, artis multimedia asal San Francisco yang terkenal dengan hasil-hasil kerja yang mencemerlangkan dunia fesyen dalam interpretasi drama lipur lara serta novel-novel romantik 80an, sebagai rakan kerjasamanya.

Kalau dah menjunjung novelis Jackie Collins sebagai heroin pilihannya, faham-fahamlah cita rasa Sarah bagaimana. Menariknya, minda Sarah cergas dalam menjelmakan tema vintaj drama lipur lara 80an untuk kempen fesyen musim percutian Versace. Dia menjurus jauh memikirkan jalan cerita (bak drama lipur lara) yang memanifestasikan dua watak utama, yakni Angelina dan The Baroness, yang dimainkan oleh Sarah sendiri dan model Helena Christensen. Sarah menggambarkan Angelina dan The Baroness mendepani huru-hara serta ketabahan menghadapi kesusahan, di sebalik gaya hidup mewah mereka.

versace holiday campaign 80s kitsch adalah trend fesyen sekarang

Sarah menukar jalan cerita tradisional femme fatale, wanita yang bermusuh-musuhan kepada satu plot yang melambangkan kehendak marcapada : women support women! Sebaliknya, dia membangkitkan semangat keperkasaan wanita, saling mendukung antara satu sama lain dan sisterhood.

Sarah mengutip ‘sebiji-sebiji’ efek 80an untuk kempen ini. Filter kabur, sorotan lampu terang yang terpancar di atas kepala, ada biasan glitter, berlatarkan rumah mewah seperti yang kita lihat dalam drama siri Dynasty, dengan dandanan rambut besar lebat juga solekan 80an dan sudah tentu, ada watak-watak ‘ahli keluarga’ kaya yang sememangnya ketaasuban era 80an.

ANTARA KEMPEN FESYEN JENAMA LAIN YANG MENGUTIP IDEA ’80s & 90s KITSCH’!

Kempen fesyen Moschino musim luruh / dingin 2019 – memang betul kitsch adalah trend fesyen sekarang! Malah Moschino pun mengadaptasikan drama lipur lara keluarga ala-ala siri 80an yang berebut kuasa, suasana catty dan menggambarkan kemewahan sebagai imej kempennya.

Kempen fesyen Gucci musim luruh / dingin 2019 – yang memerihalkan klise imej-imej sejarah dunia pret-a-porter dulu-dulu.

Kempen fesyen Eytys Purple Purple Velvet – memimik imej poster iklan 80an! Tipografi iklan, dengan imej produk bersaiz kecil di tepi dan penerangan ringkas fasal produk di bawah benar-benar menggambarkan poster 80an.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE