SEARCH

Selepas 20 Tahun Adriana Lima Kini Tidak Lagi Bersayap

Selepas 20 Tahun Adriana Lima Kini Tidak Lagi Bersayap

Selepas 20 tahun ‘terbang’ bersama Victoria’s Secret di atas pentas peragaan mereka, tahun ini Adriana Lima mengejutkan orang ramai dengan keputusannya untuk mengundurkan diri sebagai salah satu angels jenama ini.

Sebelum tersebarnya berita pengunduran diri itu, orang ramai terlebih dahulu dikejutkan dengan tindakan secara tiba-tiba Lima untuk unfollow Instagram rasmi jenama pakaian dalam popular itu. Malah Lima juga sempat memuat naik posting melalui akaun Instagram peribadinya dengan pesanan yang sangat mengejutkan.

Wanita kelahiran Brazil itu secara beraninya telah membahas isu berkaitan body positivity agar wanita seluruh dunia belajar mencintai dan menghargai bentuk tubuh badan sendiri. Secara tidak langsung, posting itu juga mengisyaratkan bahawa dia tidak lagi menyokong tindakan Victoria’s Secret yang sering menampilkan peragawati bertubuh tinggi, menggoda dan langsing.

adriana lima

Namun Lima menyifatkan bahawa pengundurannya dari pentas peragaan adalah kerana dia mahu berubah angin dengan menumpukan perhatian kepada projek amal yang melibatkan wanita di seluruh dunia. “Saya gembira masih berkesempatan menjadi sebahagian daripada Victoria’s Secret tahun ini namun fokus saya selepas ini akan lebih kepada memperkasakan wanita seluruh dunia melalui projek amal yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.” Ujar Lima.

Bagaimanapun, pihak Victoria’s Secret menghormati permintaan ibu beranak dua itu. Malah mereka sempat memberi penghormatan istimewa buat Lima sebelum dia naik ke pentas untuk catwalk terakhirnya melalui sebuah klip video pendek yang menghimpunkan momen-momen manis Lima di atas pentas peragaan sebelum ini dan diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada Lima.

adriana lima

Lima kelihatan sebak lalu menitiskan air mata saat menyempurnakan pertunjukkan terakhirnya malam Khamis yang lalu di New York. Dia yang dibaluti lingerie top berwarna biru terang berkilauan dilengkapi dengan sepasang sayap berbulu sempat mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya dan Victoria’s Secret sendiri yang telah memberi kepercayaan untuknya menjadi salah satu angels bagi tempoh dua dekad.

Dear Victoria, terima kasih kerana telah menunjukkan saya tentang dunia ini, berkongsi rahsia dan yang paling penting sekali, bukan sahaja memberikan saya sayap malah mengajar saya cara untuk ‘terbang’ ” – Adriana Lima

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE