SEARCH

7 Aksesori Rantai Leher Musim Luruh 2018 Harus Dimiliki

7 Aksesori Rantai Leher Musim Luruh 2018 Harus Dimiliki

Rantai leher atau kalung, yang bisa menambah indah pada penampilan si perempuan. Menafaskan impak, biar ia menjadi talking points dalam penggayaan kamu! Fokus STAIL.MY kali ini memusatkan perhatian kepada pelengkap gaya rantai leher ringkas yang tidak begitu payah dari aspek padanan, tidak membatasi diri dan dalam masa yang sama mampu menghidupkan kelainan.

Daripada emas ke perak, kami menyenaraikan tujuh antara rantai leher mesti ada musim ini!

rantai leher fall winter 2018

Seperkara fasal rantai leher, ia sepanjang masa jadi the first thing you see dalam penggayaan. Jika dibandingkan dengan aksesori-aksesori lain. Apa lagi kalau yang chunky atau yang berupa sarat, sudah tentu ‘merenggut’ perhatian. Tetapi bagaimana kalau yang ringkas, tidak terlalu dramatik, cukup sekadar dihiasi loket, batu atau charms sahaja? Well, kesannya sama saja cuma ia lebih relatable – kerana keringkasannya – dan tidak meletakkan limitasi. Digayakan dalam cara kasual mahupun formal, ia boleh menjadi aksesori ‘siang ke malam’ kamu!

Kami perasan musim ini, daripada ringkas ia berubah menjadi moden. Rekaan kontemporari, berani bermain dengan elemen-elemen seperti tipografi, corak flora dengan fauna dan susunan-susunan charms atau batu-batu. Ada yang seakan-akan menghidupkan makna simbolik seperti rantai yang dilengkapi batu-batu kecil atau loket mahupun motif tipografi itu.

Emporio Armani kali ini membawa kita ke pengalaman taman sari moden. Mengambil inspirasi alam semulajadi, seperti bunga-bungaan yang tersisip elemen kuntuman-kuntuman abstrak untuk memodenkan rekaan serta ditambah butiran pepatung yang seolah-olah terapung menghinggapi bunga, membangkitkan sesuatu yang romantik, ethereal dan nakal.

Berbicara fasal siang ke malam, Atelier Swarovski koleksi Arbol – kolaborasi Swarovski bersama Peter Pilotto – menghasilkan aksesori-aksesori yang punya elemen tersebut. Rekaan yang mencabar daya cipta Peter untuk bermain dengan nada gaya fleksibel. Sesuatu yang bertenaga dan dinamik, itulah cita-cita Peter untuk rekaan kolaborasi Atelier Swarovski ini. Mengekspresikan playfulness yang sama dengan jati diri jenama Peter Pilotto.

Usah buang masa lagi, kami susun tujuh rantai leher musim luruh 2018 pilihan kami.

7 RANTAI LEHER MESTI DIMILIKI MUSIM INI

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE