SEARCH

Alexander Wang Balik Ke Asal Usul & Apa Itu “Collection 1”?

Alexander Wang Balik Ke Asal Usul & Apa Itu “Collection 1”?

For Collection 1, Alexander Wang is being… Alexander Wang. Agresif, liberal, individualistik dan anti-fesyen yang sesungguhnya memerihalkan kekuatan Alexander. Sendi yang sudah bermaharajalela dalam sukmanya. Belum pernah (atau barangkali sudah pernah, maybe we missed it) terlihat lagi paradigma jenama Alexander Wang beranjak, menyimpang dari arah yang asal.

Alexander Wang adalah pereka fesyen postmodernist. Dia cari sehingga jumpa estetika distingtif yang disinonimkan dengan namanya dan dia juga agak kritikal dalam soal menggabungkan idea rencam dengan falsafah diri untuk menyimpul identitinya. Ditambah lagi dengan kebijaksanaan Alexander dari aspek penggunaan fabrik-fabrik kontemporari, mereka siluet atau bentuk baharu, disatukan bersama cetusan idea sosial juga moral membuatkan dia antara pereka generasi baru yang mampu mengecap kegemilangan dalam era masa kini.

Alexander takkan lari daripada dua perkara : semarak kesukanan dan semangat New York. Malah, ingat lagi gambaran CEO yang mengilhami dirinya sewaktu persembahan musim luruh dingin 2018 lepas, tetap ada yang berkiblat kepada DNA ‘kesukanan’ Alexander Wang. Juga bagaimana dia memestakan Bushwick sebagai gelanggang fesyennya tahun lepas? Jadi, sebut saja sukan dan New York, berkeliling imej Alexander Wang dalam benak fikiran.

alexander wang collection 1

Jadi, Collection 1 Alexander Wang juga sama. Alexander tekad menebarkan jati dirinya pada Collection 1 tersebut. Diadakan di New York? Checked! Ia berlangsung di ruai lapang atas bumbung bangunan South Street Seaport, New York. Sporty? Checked! Ada helaian-helaian berupa jersi ragbi Amerika, baju hud besar serta seluar sukan.

Cuma, Collection 1 Alexander Wang melepaskan dua perkara yang bukan lagi dalam ekosistem Alexander. Yakni dia mengadakan pertunjukan co-ed yang menentang kalendar tipikal minggu fesyen bulan Februari juga September, sebaliknya dia berpindah ke bulan Jun dan (yup, surprisingly) Disember. Dia tidak lagi menamakan pertunjukan koleksinya sebagai ‘musim bunga panas atau musim luruh dingin’ seperti sebelum-sebelum ini. Biasakan dengan diri dengan ‘Collection 1, Collection 2, Collection 3’ dan seterusnya.

alexander wang collection 1

“Hold the phone, what is Collection 1 Alexander Wang?” 

Pada dasarnya, ia adalah himpunan musim bunga panas. Duh! Kiranya, apa yang Alexander hidangkan kelmarin itu adalah himpunan musim bunga panas 2019. Kami anggap salah satu sebab mengapa diberi julukan Collection 1 barangkali kerana ia beralih ke bulan Jun, jadi tidak mahu mengelirukan keadaan dan bulan tersebut juga adalah pengaturan masa yang baik sekali untuk proses pemasaran – menurut Alexander.

Collection 1 umpama pembukaan bab baru fesyen Alexander Wang-lah. Maka itulah dia mulih ke sarangnya, mengait semula asal-usulnya dan mendabik dada ke akar umbinya. Alexander merendah diri dengan tunjang ilham kali ini. Dia memerihalkan kisah imigran yang bermukim di rantau orang sebagai – mencerminkan kisah keluarganya yang berijrah ke Amerika, 11 tahun sebelum kelahiran Alexander –  inspirasi Collection 1.

alexander wang collection 1

Kerana Alexander mendewasa bersama-sama alam Amerika, tersemai semua yang bersangkut paut dengan apa yang dia faham fasal budaya Amerika. Bandana, – yang diikat pada kepala model-model sepanjang pertunjukan – jaluran merah putih, jersi sukan ragbi, jaket kulit dan tali leher bolo. So, how American is that? Mungkin orang akan melabel ia sedikit profiling, namun jika itu yang Alexander didedahkan ketika dia membesar di Amerika… hey, that’s alright.

Alexander menyeimbangkan ia dengan estetika Cina, yang berkaitan dengan bangsanya. Misalannya ada dress samfoo, butiran kolar Mandarin dan perincian pada baju yang menyerupai corak lingkaran naga. Teruja juga melihat himpunan Collection 1 Alexander Wang ini, kerana ia menandakan lembaran baharu jenama ini. Sejauh mana pembaharuan itu membekas, tunggu sahaja Collection 2, 3 dan seterusnya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE