SEARCH

American ‘Rare’ Beauties! Rai 10 Model Fesyen Asal Amerika, Sempena 4 Julai

American ‘Rare’ Beauties! Rai 10 Model Fesyen Asal Amerika, Sempena 4 Julai
American-Breed-Models-2-stailMY
McKENNA HELLAM

 

Asia’s Next Top Model kitaran kelima baru saja selesai menyaksikan kemenangan Maureen dari Filipina (though we think Shikin Gomez deserved it, oh well) dan minggu lepas, heboh fasal Kenzo menswear musim bunga panas 2018 yang disimbah model-model Asia sahaja di atas pentasnya, menyebabkan demam kami fasal model masih belum lagi kebah! It’s the fourth of July and the birth of the American nation! 

Mari kita rai pula keindahan dan kejombangan model-model asal Amerika! Sebelum ini, kita mentaasubi kecantikan model-model dari Eropah, Rusia, the Latinas bombshell dan pernah suatu ketika yang dari Asia. Kini, tiba masa untuk menghargai keunikan dan kepelbagaian wajah model-model wanita Amerika yang sudah banyak mengganasi arena fesyen antarabangsa.

McKenna Hellam, Dilone, Alanna Arrington, Leila Goldkuhl dan beberapa lagi nama yang menyumbang kudrat serta tenaga dan dinamisme pada dunia fesyen, bukan atas sebab populariti rancangan realiti mahupun orang kebanyakan – yes, we are looking at you Kendall and Gigi. Tetapi berada di industri modeling atas sebab kebolehan, bakat serta persona masing-masing,

DILONE

American-Breed-Models-3-stailMY

Berasal dari Long Island, New York, Dilone membuktikan yang model ‘tomboy’ masih wujud lagi di liga fesyen. imej berambut pendek yang sedikit keriting, gayanya yang nampak lasak, berdarah Dominican, Dilone sudah berjalan untuk Bottega Veneta, Coch, Balmain, Stella McCartney dan macam-macam lagi. Dia antara wajah yang mengetengahkan aspek diversity pada dunia fesyen. Dilone mempertaruhkan nasib serta bakatnya menjadi model atas inisiatif dia sendiri, di mana dia tidak takut menampilkan diri sehinggalah disunting penata gaya, Katie grand. Tidak hanya bidang peragaan, Dilone juga menanam minat pada bidang lakonan.

AMANDA GOOGE

American-Breed-Models-4-stailMY

Portfolio Amanda Googe sangat hebat! Chanel, Dior, Valentino, Dries Van Noten… semua sudah Amanda genggam. Bertambah menarik lagi pabila Amanda bukan saja berkerjaya sebagai model, malah dia juga pelajar Ivy League. A beauty with a brain. Datang dari Westport, Connecticut, Amanda dikatakan memiliki pakej fizikal dan kecantikan unik yang menjadikan dia punya potensi besar. Pertunjukan pertama yang menempa keberadaannya di dunia modeling adalah persembahan Prada yang sehingga kini menjadi momen yang paling Amanda ingati.

GRACE ELIZABETH

American-Breed-Models-5-stailMY

Grace Elizabeth dilabel memiliki kecantikan Amerika yang kontemporari. Berwajah seksi, Grace mula dikenali menerusi kempen jenama Guess sehinggalah menjadi salah seorang bidadari untuk Victoria’s Secret. Grace juga antara yang sudah memegang resume hebat – berjalan di atas pentas seperti Elie Saab, Stella McCartney, Lanvin dan Dolce & Gabbana, dan sudah menghiasi editorial majalah seperti Vogue Espana, Vogue Rusia juga Harper’s Bazaar. Berasal dari Florida, Grace tersenarai sebagai model Amerika yang mula diberi perhatian dunia.

LEILA GOLDKUHL

American-Breed-Models-6-stailMY

Leila Goldkuhl menyelinap ke dunia modeling menerusi program America’s Next Top Model musim ke-19. Dia tidak meraih kemenangan, namun antara ramai-ramai peserta francais Next Top Model, Leila  paling berjaya – what happened to the winner, Laura James? Hmm. Bergigi jarang dan rupa wajahnya pula seakan-akan model Eropah, Leila di awal kemunculannya pun sudah boleh ditebak yang dia pasti menjadi model berjaya. Siapa sangka, gadis dari Framingham, Massachusetts ini adalah favourite Riccardo Tisci, sudah berjalan untuk Dior, Burberry, Versace, Jil Sander dan macam-macam lagi. Dan tak lupa juga wajah untuk kempen Givenchy.

McKENNA HELLAM

American-Breed-Models-7-stailMY

Seorang lagi yang lahir dan punya wajah unik… McKenna Hellam! Meminati aktiviti menunggang kuda di tempat asalnya yakni Atlanta, Georgia, McKenna memasang hasrat menjadi model setelah membesar dan melihat kakaknya yang pernah berkerjaya sebagai model. Daripada situlah, minat McKenna muncul. Tak sia-sia, McKenna langsung memiliki portfolio dahsyat yakni berjalan untuk Sacai, Chanel, Hermes, Celine, Giambatista Valli… and the list goes on. Mckenna juga wajah rasmi untuk kempen fesyen Salvatore Ferragamo di samping model senior, Lily Aldridge.

JASMINE DANIELS

American-Breed-Models-8-stailMY

Tuah menyebelahi gadis dari Atlanta, Georgia ini, daripada usaha si ibu menghantar gambarnya secara senyap terus menempatkan dirinya di persada fesyen antarabangsa – itulah yang dialami Jasmine Daniels! Walaupun sudah berjalan untuk Christopher Raeburn pada awal kemunculannya, Jasmine mula diberi tumpuan ketika dia menghiasi pentas Yeezy. Bermula di usia yang sangat muda, yakni ketika dia masih di sekolah, Jasmine mengambil keputusan untuk menamatkan dahulu pembelajaran sebelum dia benar-benar terjun seratus peratus ke dunia modeling. behold, this girl is ones to watch!

SARA GRACE

American-Breed-Models-9-stailMY

Dia mengingatkan kita pada supermodel dulu, Maggie Rizer. Freckles di wajah dengan rupa innocent, rambut pula perang sedikit keemasan menjadikan gadis Texas ini antara model baru yang kian disebut-sebut. Sara Grace Wallerstedt memulakan kerjaya di atas pentas Proenza Schouler sehinggalah Prada dan April lalu dia dipotret untuk cover Vogue Italia. Boleh tahan, kan penangan Texan girl ini? Sara tidak dijumpai di sekitar jalanan seperti cerita klasik kejayaan model-model yang sering kita dengar, sebaliknya dia gagah menghadirkan diri ke casting call di Dallas. Lalu usahanya itu menjaminkan Sara tempat di industri fesyen antarabangsa.

SELENA FORREST

American-Breed-Models-10-stailMY

Kami mula menyedari Selena Forrest menerusi Instagram dan membuatkan kami tertanya-tanya, ‘Siapa gerangan gadis ini?’ Menaruh karakter tomboy dengan lagak cool seorang skateboarder, Louisianan-breed Selena memenangi hati kami! Bukan calang-calang, Selena sudah berada di atas pentas jenama-jenama besar – namakan saja, resume dia adalah Louis Vuitton, Sonia Rykiel, Loewe, Saint Laurent, Salvatore Ferragamo, Versace, Moschino, Fendi… yang semua sudah dia tawan! Dia juga pernah muncul dalam editorial-editorial terkemuka seperti majalah ID dan Dazed, menyimpulkan Selena adalah model Amerika paling berjaya abad ini.

KATHERINE ANN MOORE

American-Breed-Models-11-stailMY

Jika kita berfikiran sedikit konvensional, Katherine Ann Moore atau Katie Moore tidak langsung menggambarkan rupa gadis Texas yang selalu kita bayangkan. Iyalah, gadis country dari Houston ini hadir dalam gaya berambut merah dengan ragam agresif membangkitkan sesuatu yang luar biasa fasal dirinya. Namun asalnya, Katie memberanikan diri menukar gaya rambut serta warnanya setelah dia berjalan untuk Alexander Wang musim luruh 2016 dan daripada situ terus menjadi percakapan orang. Menghiasi editorial Vogue US juga majalah-majalah lain serta melangkah gah atas pentas Margiela, Opening Ceremony, Chanel dan banyak lagi menjadikan Katie antara ‘orang kuat’ industri juga.

ALANNA ARRINGTON

American-Breed-Models-12-stailMY

Setelah melihat Alanna Arrington menari diiringi lagu Bruno Mars ’24K Magic’ di pertunjukan Victoria’s Secret yang lepas, we can’t keep our eyes off her! Dari Iowa, Alanna masa itu adalah model termuda yang berjalan untuk Victoria’s Secret! Pernah bertindak sebagai pembuka pertunjukan Altuzarra, portfolio Alanna tak kurang hebatnya. Daripada Chalayan ke Yeezy, ke Chanel, kemudiannya Balmain sampailah ke Phillip Plein, Alanna tak menyangka pada usia semuda ini dia mampu menerajui arena fesyen. Apa yang membuatkan Alanna, si atlet aktif bersukan bola keranjang ini punya kelainan tersendiri adalah gaya rambut keriting messy dan berwajah eksotik yang sudah menjadi identitinya.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE