SEARCH

Style Star We Dig Now! Annasophia Robb Yang Dewasa Lebih Stailish, Than Ever!

Style Star We Dig Now! Annasophia Robb Yang Dewasa Lebih Stailish, Than Ever!

Siapa sangka, this Violet girl in Charlie And The Chocolate Factory that we hated, bila dewasa, mampu mencernakan rasa benci itu dan menawan hati dengan persembahan gaya-gayanya yang stailish? Annasophia Robb… mungkin tak terlintas namanya di benak fikiran kami apakala menyenaraikan siapa ikon-ikon stail masa kini. Namun, pertengahan Mei yang lepas, ‘tersentak’ bila melayari Instagram Annasophia dan melihat dia bergaya sangat chic dalam persalinan sut linen herringbone Akris musim pra luruh 2017. Seakan-akan ada je ne sais quoi tentang penampilannya itu. Dan pabila meneliti stail juga imej Annasophia yang lain, terus membuatkan kami membidik perhatian terhadapnya. Tidak mungkin Annasophia dipandang ringan lagi! How can we missed this one out? Her style is TD!

Annasophia membesar diiringi cita rasa yang sangat bagus. Dia tidak alang-alang dalam menyusun gayanya. Ingat lagi dalam satu interviu dahulu, Annasophia pernah menegaskan yang dia sudah pandai menilai fesyen dan dia galak menghimpun koleksi kasut, semua itu berpunca daripada pengaruhnya setelah membintangi The Carrie Diaries. Ada kemungkinan itu antara sebabnya dia pandai berfesyen. Kami tertanya-tanya juga, siapa ‘arkitek’ di sebalik imejnya itu? Walau apapun, kami jamin, Annasophia adalah (dan bakal) ikon stail yang baru dan harus jangan sekali dipandang enteng. Dia adalah style star generasi milenial!

annasohphia 4

Ketika tayangan perdana Girls yang lepas, Annasophia mengenakan gaya berjaket kulit aviator, cropped top dan berseluar jean. Penampilannya masa itu biarpun sedikit kasual, tetapi ia nampak clean dan menjadi di atas tubuhnya!

annasophia 2

Malah gaya jalanan Annasophia ketia di Los Angeles pun tidak alang-alang. Dress off shoulder hitam berperincian ropol seperti memencarkan classic beauty yang ada pada dirinya.

annasophia 3

Untuk Tribeca Ball, Annasophia memadukan blazer genggang Creatures Of The Wind bersama seluar ban. Kudos! Kerana dia bijak membuatkan dirinya tampil polished dan sangat segar daripada biasa.

annasophia 6

Win! Sut linen Akris yang Annasophia sarung ini dia mengilhamkan gaya Marlene Dietrich. Dia nampak sangat matang dan sharp dalam persalinan ini.

annasophia

Dia menyempurnakan keseluruhan look – berambut merah bersama dress panjang ketika menghadiri GLAAD Media Awards. Terserlah sofistikasi Annasophia.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE