SEARCH

April, Bulan Menggayakan Kasut Warna Pastel/ Lembut!

April, Bulan Menggayakan Kasut Warna Pastel/ Lembut!

Bebas dan rasa leluasa bulan April ini! Bulan lalu, kami menegaskan kasut-kasut keluarga rona merah sebagai pelengkap gaya kamu. Kali ini, tiba waktu untuk menyarung kasut-kasut berwarna pastel pula. Rona-rona neutral, pudar atau lembut adalah idea ideal yang memaniskan musim bunga panas untuk jadi lebih sempurna! Pasti mengolah sesuatu yang di luar jangkaan.

Nampaknya, aksesori kasut berwarna pastel atau lembut adalah major trend musim bunga panas 2018! Usah ada rasa sangsi dengan rona pastel dan khuatir ia melesukan gaya-gaya kamu. Nah! Percayalah, ia takkan memunahkan penggayaan.

Seperkara tentang rona-rona ini, ia menerbitkan sesuatu yang ethereal dan romantik. Membalikkan semula keindahan feminin. Apa yang menarik lagi fasal rona pastel atau lembut juga ia mencabar kreativiti dalam soal berfesyen. Sama ada menafaskan sifat berani candang kamu untuk go pastels all the way mahupun dipadukan bersama helaian-helaian bercorak atau memperlihatkan kontras dengan sematan warna-warna agresif.

Sama ada untuk gaya-gaya kasual, career-wear baik formal… pastels are here to stay. Giuseppe Zanotti memperkenalkan koleksi kapsul G-Heel yang menterjemahkan siluet minimal kasut tumit tinggi sebagai butiran utamanya, hadir dalam material kulit metalik yang disimbah warna hijau lembut. Kelainan buat yang mahu membangkitkan keseksian pada kaki.

Anya Hindmarch pula sedikit comical, menyuntik jenaka pada rona pastel periwinkle. Slider dengan tekstur bebulu dalam material shearling dan dilengkapi perincian mata yang lucu rupanya pasti membuatkan bibir kamu ternaik yang membayangkan rasa suka! Aksesori yang sangat sesuai dipakai kala musim panas ini. Malah Adidas dan Reebok juga tak ketinggalan mendukung warna lembut pada kasut-kasut sukan. Tergambar perspektif baru fasal semangat kesukanan kali ini.

KASUT PASTEL / LEMBUT MUSIM BUNGA PANAS 2018 UNTUK BULAN APRIL!

Daripada sniker grandpa Reebok sehingga slider Anya Hindmarch, inilah kasut-kasut berona pastel, lembut, pudar atau neutral yang harus milik musim ini.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE