SEARCH

Armani Exchange Dalam Tenaga Baru, Tapi Semangat Sama!

Armani Exchange Dalam Tenaga Baru, Tapi Semangat Sama!

Armani Exchange yang baharu menjanjikan satu tenaga yang berbeza namun semarak semangatnya masih kekal sama! Armani Exchange atau AX kali ini meraih aturan gaya jiwa muda, agresif, lekas dan sarat dengan attitude.

 Lebih sedasawarsa Armani Exchange mendewasakan diri sebagai jenama yang memegahkan kemudaan dan menikmati keindahan gaya yang berteraskan kekotaan. Dipengaruhi lagi oleh imbangan inti pati kesukanan dengan budaya jalanan yang menyemangati keseluruhan konsep gaya, Armani Exchange atau A/X sampai ke sudah masih erat berpaut pada prinsip tersebut.

armani exchange spring summer 2018

Masuk tahun 2018, musim bunga panas 2018, A/X sekali lagi kekal melumpukkan kemudaan, kekotaan, kesukanan dan budaya jalanan sebagai punca inspirasi untuk himpunan kali ini!

ARMANI EXCHANGE WOMEN

Armani Exchange atau A/X untuk perempuan menjurus kepada ceraian-ceraian singkat. Gaya-gayanya tidak lari daripada siluet bersifat femininity namun apa yang dipersembahkan lebih segar daripada sebelum-sebelum ini.

Menerbitkan konsep sukan atau aktif pada gaya juga masih lagi dipegang, tetapi diolah dalam rupa kasual.

Kemeja-kemeja T padat dengan logo, atau dalam potongan pendek mahupun yang dihiasi slogan, dimadukan bersama seluar sama sendat menyerakkan athleticism dengan leisure. Kuasa kasual yang begitu kuat!

Blok rona, cetak floral musim panas, rekaan-rekaan yang diinspirasikan oleh mural juga pertentangan kontras mencerminkan karakter himpunan perempuan A/X, yang diperkuatkan dengan penggunaan fabrik-fabrik penuh grafik dan appliques. Ditambah lagi kilauan metalik, butiran seperti band serta piping, lalu mempersonifikasikan sesuatu yang bertenaga dan berani.

Tak ketinggalan juga denim – untuk seluar jean skinny dan stail labuh, kaki jean flare juga perincian degrade.

ARMANI EXCHANGE MEN

Koleksi Armani Exchange atau A/X untuk lelaki adalah untuk individu yang belum lolos lagi daripada identiti urban. Ia mengkhayalkan lelaki-lelaki yang bermukim di kota-kota besar, tersemat jiwa ‘denim’ dalam dirinya.

Ia disempunakan oleh ciri-ciri sportswear yang diberi suntikan baharu, bagi menghidupkan karakter individu yang teguh pada cita rasa semasa.

Gaya-gaya lelaki berjaya diolah dalam rupa kemeja-kemeja T padat logo serta baju berhud yang digabung padan bersama seluar sama sendat untuk menafaskan stail ketimuran. Keluarga rona-rona biru menjadi warna utama, dibalas dengan pelet lain seperti hitam, putih, hijau tentera, rona pop dan pendarfluor.

Semangat kekotaan disisipkan pada kod penggayaan kasual yang sinonim dengan sifat elegan streetwear Armani. Dalam masa yang sama, gaya ala kolej jock Amerika dan New York preppy melengkapkan keseluruhan himpunan lelaki.

KOLEKSI DENIM ARMANI EXCHANGE A/X

 

 

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE