SEARCH

Armani Exchange Sekali Lagi Menjunjung ‘World Of Street Art’!

Armani Exchange Sekali Lagi Menjunjung ‘World Of Street Art’!

Armani Exchange ‘menggugah’ semula perjuangan kerja-kerja seni jalanan, diabadikan sebagai projek baharu #st_ART untuk musim bunga panas 2018!

Agaknya, Armani Exchange menilik seni-seni jalanan serata dunia mencari artis-artis terbaik untuk disunting sebagai rakan kolaborasi musim ini. Ia melangsungkan adicita Armani Exchange untuk sekali lagi melaksanakan daya usaha dalam menampilkan hasil kesenian artis-artis jalanan sebagai motif utama projek istimewa musim bunga panas 2018.

Bayangkan kemeja T, jam tangan dan kaca mata adalah kanvas untuk artis-artis terpilih ini berkarya, mengimaginasikan inspirasi masing-masing. Bagaimana budaya pop, peri kehidupan duniawi dan keributan kota masa kini melakarkan khayalan mereka. Ditambah lagi korelasi antara seni dan fesyen yang tegap, tidak menyempadani ekspresi dan kreativiti mereka.

Tujuh artis daripada lapangan seni visual dan seni reka grafik terpilih untuk kali ini. Mereka adalah artis visual berpangkalan di Itali yakni Valentina Brostean; artis asal Afrika Selatan, Rayaan Cassiem (turut dikenali sebagai Bikops); pengilustrasi juga pereka grafik dari Colombia, Alejandro Catano Garcia (atau YISK); pengilustrasi atau artis mural juga pereka logo dan penjenamaan, Alex Lehours; artis ilustrasi trio berpangkalan di Perancis, Lesjeanclode; artis kontemporari asal London, Lox; dan pereka grafik juga pengilutrasi asal Sepanyol, Ruben Sanchez.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE