SEARCH

Azira Shafinaz & Fyza Kadir Untuk Innai Red Raya

Azira Shafinaz & Fyza Kadir Untuk Innai Red Raya

Azira Shafinaz dan Fyza Kadir bergaya dalam helaian Raya Innai Red yang menatap kembali retrospeksi lama. Memanjatkan rasa rindu yang berkisar pada bayangan susuk jijak perempuan suatu ketika dahulu di Penang, yang terlihat bergaya cantik di tengah-tengah rumah kedai Peranakan. Begitu nostalgik, sampaikan ia masih segar dan tak terkambus dalam ingatan Innai Red.

Kisah keindahan Peranakan ini tersusun menjadi inspirasi utama himpunan Raya Innai Red. Membayangkan kelompok Peranakan yang bermukim di tanah Malaya, menghidu lembut bayu Penang dan tidak alah bergaya sakan. Ia menggemilangkan Peranakan glamor – mengharmonikan yang lama dengan yang baru; mengutip potongan serta siluet tradisional baju kurung dan diperbaharui dengan sesuatu yang moden.

Selaku pengasas Innai Red, Izrin Ismail melampaui ke zaman lama, menyingkap ragam pakaian Melayu dulu-dulu. Kebaya, kebarung, kurung labuh serta kurung Kedah menjadi teras dan mencantumkan kesemua itu dengan jati diri Innai Red. Lalu menafaskan seni reka moden seperti kelepet berbiku-biku, olahan pola yang bersifat feminin, clean lines dan menyingkatkan sedikit kaki skirt kebaya juga kebarung.

azira shafinaz

Innai Red turut memperbaharui butiran-butiran atau perincian-perincian seperti hiasan pada pakaian, menggantikan kerongsang tradisional dengan sulaman batu permata yang dijahit memimik bentuk kerongsang sebenar.

azira shafinaz

Rona-rona rencam menyempurnakan himpunan Raya Innai Red. Warna-warna bertenaga disaingi bersama nada lembut pastel, rona-rona metalik berkilat dan motif corak abstrak. Membabarkan pilihan buat si perempuan yang hendakkan gaya ala-ala Peranakan glamor. Malah, ditambah pula penggunaan fabrik-fabrik mewah yang menyemarakkan semangat Raya – broked Italian, taffeta, Jacquard, sutera shantung, fabrik bertenun sutera dan organza – tergabung menghasilkan satu koleksi yang sangat elegan.

Lebih rancak lagi, Innai Red berganding bahu buat kali kedua dengan jenama beg tangan lokal yakni LVWKL yang saling melengkapi himpunan Raya tahun ini. LVWKL mengeluarkan rekaan beg tangan yang dinamakan Bijou dan ia direka khas buat Innai Red. Beg tangan yang terhasil daripada material base arkrilik berserta pemegang berupa rantai, muncul dalam enam warna utama – rona-rona lembut pastel.

azira shafinaz

Baju-baju Innai Red Raya 2019 dijual pada lingkungan harga RM3,000 ke RM4,000, manakala beg tangan LVWKL berharga tetap RM250.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE