SEARCH

Kempen Beg Gabrielle Chanel Terbaru Cara Delevingne Dah Keluar

Kempen Beg Gabrielle Chanel Terbaru Cara Delevingne Dah Keluar

beg gabrielle chanel

Beg Gabrielle Chanel menjadi kegilaan terbaru daripada jenama ini. Menyasar kepada kelompok milenial, rekaan beg ini lebih kasual dalam tiga bentuk utama. Cara Delevingne sudah banyak kali muncul dalam iklan Chanel tetapi video kempen terbarunya ini diolah dalam cara unik. Video Delevingne kali ini nyata berbeza berbanding kerja-kerja sebelumnya dengan jenama ini. Seluruh komersial ini termasuk Delevingne sendiri dianimasikan seperti lukisan kartun.

Dalam kempen ini, Delevingne memainkan watak heroin animasi dalam dunia di mana beg Gabrielle tumbuh di atas pokok (kalaulah ini benar-benar realiti). Dia mengambil beg Gabrielle dan menyilangkannya di badan sebelum meluncur dengan papan luncur roda menempuh dunia lakaran pancawarna. Filem ini dicipta pengarah Jepun, ShiShi Yamazaki. Kenyataan daripada Chanel mengatakan video ini memiliki “urban pop spirit”.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE