SEARCH

Kempen Believe In Dreams Tiffany & Co Menyimbah Warna Biru Di Sekitar Kota New York Mei Ini

Kempen Believe In Dreams Tiffany & Co Menyimbah Warna Biru Di Sekitar Kota New York Mei Ini

believe in dreams

Tiffany & Co tidak berseloroh sewaktu menerbitkan idea untuk menyimbah kota New York dalam warna biru Tiffany – warna rasmi jenama Tiffany. Ia bertujuan mengiringi pelancaran kempen ‘Believe In Dreams’ bermula pada Mei ini. Bagaimana Tiffany & Co melangsungkan cita-cita tersebut? Dengan menyerakkan cart kedai kopi Tiffany Blue, mengitari kota New York seraya menghidangkan bru kopi istimewa berserta croissant.

Ia mengambil sempena himpunan julung Reed Krakoff untuk Tiffany. Terpacul idea daripada akal budi Reed yang membayangkan cereka Breakfast At Tiffany’s dalam menyempurnakan pelancaran kempen Tiffany ini. Mood suasana pagi menghirup kopi panas sambil menikmati pastri ala-ala Holly Golightly dalam Breakfast At Tiffany’s itulah yang mengilhami Tiffany barangkali.

Kempen Tiffany yang diberi nama ‘Believe In Dreams’ ini menukar belukar keributan New York menjadi luar biasa. Tiffany Blue akan mengharumi ruang kota New York, menyapu rona romantik juga ikonik tersebut pada peta New York, menebarkan cinta, kejutan dan aspirasi yang pasti mengundang ribuan bicara New Yorkers.

believe in dreams

Akan terlihat cart kedai kopi Tiffany Blue bersama teksi-teksi yang juga berubah warnanya daripada kuning ke warna biru Robin’s egg, disertai penunggang-penunggang basikal BMX dan peluncur papan selaju melakukan aksi ragam bebas!

Bodega utama di New York pula dipenuhi baldi-baldi yang terisi bunga-bunga kertas manakala stesen kereta api bawah tanah akan menggunakan kad metro edisi terhad Tiffany & Co. Metrocards. Tak cukup dengan itu sahaja, malah mercu tanda jam Atlas Tiffany yang terletak di butik flagship di Fifth Avenue akan ditukarkan kepada skrin digital dan dilengkapi mainan filem yang menayangkan di sebalik tabir pembikinan kempen ‘Believe In Dreams’.

Oh, dan Google Maps juga akan menunjukkan kesemua tempat yang diaktifkan dalam warna Tiffany Blue!

believe in dreams

Instagram rasmi milik Tiffany (yakni @tiffanyandco) ‘lenyap’ buat sementara waktu bermula 28 April lepas – untuk persediaan pelancaran kempen ini, di mana semua posts sengaja dimuat naik dalam warna hitam dan putih. Dalam menyaingi hari-hari serta waktu-waktu ke pelancaran ‘Believe In Dreams’, media sosial Tiffany kononnya akan muncul dalam satu ‘kehidupan’ dan tenaga baharu!

Penggemar-penggemar jenama Tiffany segenap dunia bisa menjadi sebahagian daripada pengalaman menakjubkan ini pada 3 Mei dan menyaksikan secara langsung acara Tiffany ini menerusi Facebook.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE