SEARCH

Bella Hadid Model Fesyen Terbaru Dalam Keluarga TAG Heuer

Bella Hadid Model Fesyen Terbaru Dalam Keluarga TAG Heuer

Bella-Hadid-for-TAG-HEUER

Minggu fesyen New York yang lalu menjadi saksi perlantikan model fesyen yang sungguh hangat diperkatakan waktu ini, Bella Hadid sebagai ahli keluarga baru TAG Heuer. Equinox, Bond Street, lokasi baru ikonik dalam portfolio kelab kesihatan jenama gaya hidup mewah ini menjadi tempat berita ini diuar-uarkan.

Kami perlukan seseorang seperti Bella untuk menangkap keyakinan dan semangat kelompok muda hari ini. CEO TAG HEUER, JEAN-CHRISTOPHE BIVER

Daripada gambar kempen iklan Bella Hadid untuk TAG Heuer yang dipotretkan Casa Bird, kerjasama ini dilihat bakal menjadi sesuatu yang sangat istimewa. Sama unik dengan Bella sendiri. Tentunya model ini tidak memerlukan pengenalan lagi. Dinobatkan “Model of the Year’ pada Disember 2016, ikon fesyen ini pantas mengumpul peminat di medial sosial dan menjadi bintang yang semakin menyinar dalam dunia fesyen. Dia juga dilihat bijak menangani permintaan gaya hidupnya yang serba glamor dalam cara paling berhemah dan matang. Dia tahu apa yang dimahukan, apa yang dia suka dan apa yang mahu dicapainya.

Pada usia 20, dia bersetuju bekerjasama dengan TAG Heuer, dianggap bukan sahaja peluang cerah untuk jenama mewah Swiss ini dalam mengalu-alukan kedatangan wajah segar tetapi juga untuk model ini berkolaborasi dengan projek-projek berkenaan hobinya sendiri yakni fotografi.

Dengan pengikut Instagram 10 juta, Bella belajar mengekspresikan diri melalui imej, kadang-kadang ringan dan halus, kadang-kadang misteri tetapi selalunya dengan ciri artistik jelas yang cukup peribadi. Dia bicara bahasa milenial, generasi yang mahu dicapai oleh CEO TAG Heuer, Jean-Christophe Biver yang juga Pengerusi Watch Division LVMH Group.

MENGAPA BELLA HADID TERPILIH?

Kata Biver, “Memiliki Bella dalam jenama ini membolehkan kami berhubung dengan milenial dan generasi muda. Dan juga dengan semangat avant-garde jenama ini, semangat yang memandu kami membuat perkara dalam cara berbeza, berinovasi dan berani. Kami perlukan seseorang seperti Bella untuk menangkap keyakinan dan semangat kelompok muda hari ini.”

Bella juga disukai jurugambar Cass Bird. “Bella salah seorang my all time favourite! Cantik dan sangat NOW. Salah seorang subjek impian saya dan muse saya. Dia membuat semua rasa senang di set. Hands down one of the best in the industry!”

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE