SEARCH

9 Best Sunglasses 2020: Gaya Paling In Tahun Ini!

9 Best Sunglasses 2020: Gaya Paling In Tahun Ini!

Kaca mata mana jatuh dalam kategori best sunglasses 2020? Menyimpul ribuan ekspresi diri dan mengimbangi stail dengan cita rasa masa kini. Bagai ada persamaan, sungguhpun datangnya daripada jenama berbeza. Yang penting, ia bukan sahaja melengkapi gaya, bahkan tidak meminggir aspek-aspek yang mencemerlangkan lagi rekaan masing-masing : teknologi, tahap praktikal dan punya daya penarik distingtif.

Daripada Prada ke Burberry sehinggalah Ray Ban, kami menemukan sembilan jenama kaca mata yang wajar dimiliki dan termasuk dalam senarai ‘Mesti Ada’ untuk tahun 2020 nanti!

BURBERRY

Bukan sebab limitasi, tetapi atas dasar eksklusif. Setelah pengarah kreatif Riccardo Tisci memperkenalkan himpunan Monogram pertengahan tahun ini, dia melangsungkan idea yang sama pada rangkaian aksesori kaca matanya. Ia mengehadkan sifat rekaan kepada dua – yakni berbingkai segi empat dan bingkai optik berbentuk mata kucing – yang disempurnakan oleh motif Thomas Burberry Monogram.

best sunglasses 2019

Menyanjung kod rumah fesyen yang dikepalai olehnya kini, Riccardo gubah siluet klasik dan tak berwaktu Burberry kepada nada gaya kontemporari. Tak lupa juga siluet kaca mata inspirasi ahli pelayaran serta bingkai optik bersegi yang disimbah logo Burberry yang diperbaharui. Dan semuanya tersedia dalam rona hitam, hijau zaitun juga corak cangkerang penyu.

COACH

Meneruskan bicara kita fasal kontemporari, Coach juga merencanakan gaya yang sama. Ia ‘singgah’ ke alam Amerikana Coach yang terdahulu dan menyalin gaya-gaya ikonik untuk rekaan kaca matanya. Ditindih lagi dengan aspek-aspek sofistikated, bercampur nada rekaan klasik serta bentuk-bentuk edgy. Kemudiannya diperbaharui oleh butiran yang signifikan buat Coach dan menghidupkan nilai kraf yang ultra-moden.

best sunglasses 2019

Himpunan kaca mata yang menjelmakan representasi gaya hidup Coach, dengan suntikan daya inovasi, kemewahan, cukup berani dan moden. Menghidangkan barisan rona-rona bertenaga untuk si pemakai yang lagaknya cool dan berkeyakinan kendiri dari segi sense of fashion.

DOLCE & GABBANA

Untuk kedua-dua Dolce & Gabbana lelaki dan perempuan, masing-masing mengekspresikan inspirasi yang bagai saling berselisih antara satu sama lain. Untuk gaya lelakinya, Dolce & Gabbana banyak bermain dengan citra moden. Seperti rekaan boxy, bingkai bulat yang diilhamkan oleh fabrik sartorial, panto-shaped, menafaskan semula ikon Domenico juga bentuk vintaj.

Antara sorotan utama gaya lelaki adalah kaca mata yang direka moden dan berbentuk boxy, dilengkapi karakter struktur fiber nilon hitam serta bingkai hadapan yang terhias dengan sisipan logam. Model ini hadir dalam dua versi – lensa bersaduran emas 18-karat dan lensa cermin yang sarat dengan motif logo DG. Versi Domenico dijelmakan kembali dengan karakter struktur OG mask dan tersedia dalam dua kombinasi – yakni struktur asetat hitam klasik dengan lensa jingga atau biru.

best sunglasses 2019

Rangkaian gaya perempuan pula mencungkil semula stail diva 60an yang penuh rasa sensual. Bingkai berbentuk mata kucing dan profil bulat, hadir dalam rona-rona hijau malekit, putih semerdanta bak indung mutiara serta merah jambu oniks. Semuanya bersendikan simbol kecantikan abadi. Sama seperti gaya lelaki, ada kaca mata perempuannya yang mengolah gaya lensa cermin yang dipadati oleh motif corak haiwan. Ia menyemat karakter rim logam emas slim, dengan ukiran laser logo Dolce & Gabbana.

EMPORIO ARMANI

Emporio Armani memetik kata kunci rasa leluasa dan tenaga untuk himpunan kaca matanya musim ini. Menggunakan material-material menarik, diiringi lagi oleh bentuk-bentuk serta butiran-butiran unik, rona-rona terang serta ada gabungan tekstur, menjadikan keseluruhan himpunan ini nampak berani dan eklektik. Bercakap fasal unik, himpunan Emporio Armani membenarkan si pemakai menginterpretasikan gaya dengan rangkaian kaca matanya, untuk penampilan luar biasa.

Di samping rekaan-rekaan moden tersebut, Emporio Armani turut tidak menyingkir faktor terpenting yakni aspek keselesaan. Lantas ia mengidealkan kaca mata Emporio Armani ini untuk pemakaian!

GIORGIO ARMANI

Di balik rasa sendu rona biru, Giorgio Armani mengungkap keterujaan menerusi rona tersebut. Ia mengekalkan inspirasi ‘Rapsodia In Blu’ untuk musim ini dan memfokus sepenuhnya kepada pelet biru rencaman. Seperti yang menjadi tumpuan utama Giorgio Armani adalah rona biru yang gelap, elegan, lembut dan pada masa yang sama, penuh bertenaga yakni Midnight Blue.

Giorgio Armani memandang ke masa lampau dan masa hadapan sebagai cerminan ilhamnya. Ia ‘menyelongkar’ arkib lamanya, memelihara jati diri dengan kebaharuan dari aspek material juga rona. Dan rona yang dimaksudkan adalah Midnight Blue tersebut.

best sunglasses 2019

Tambahan kepada famili Giorgio Armani menswear adalah kaca mata yang disaingi stail ringkas yang eklektik, ada sentuhan moden dan sedikit retro – membayangi stail Giorgio Armani. Ia menampilkan struktur inovatif, manakala karakter bingkai hadapannya diolah oleh dua profil logam dengan rona-rona kontra. Kaca mata perempuan daripada Giorgio Armani pula dikait dengan nada sofistikated juga elegan, dan memiliki butiran-butiran yang sama pada kaca mata Giorgio Armani Prive. Bersifat kewanitaan, dihiasi batuan kristal pada bahagian atas bingkai asetat dan temple, yang mencorakkan logo GA.

OAKLEY

Buat yang mementingkan prestasi dan sanggup mencabar dirinya! Oakley tidak hanya menghidangkan rekaan-rekaan klasik buat yang berjiwa muda. Ia malah tidak melupakan estetika kesukanan, gaya-gaya untuk sukan ekstrem dan paling penting, ada elemen prestasi.

best sunglasses 2019

Anorak, Clifden, Cogswell, Deadbolt dan Flak XS adalah rangkaian Oakley yang tersedia khusus yang mengutamakan dua elemen yang disebut awal-awal tadi – prestasi dan adventurous. Transisi Anorak yang bisa berubah gaya, daripada untuk kegunaan harian kepada gaya hidup lasak. Dilengkapi aspek praktikal yang memberi ruang kepada udara untuk menyingkir rasa panas terlampau dan pengabutan. Clifden adalah untuk si pendaki gunung. Menyatukan teknikal dan fungsi, Clifden mengoptimumkan rekaan dengan binaan lensa tahan lasak. Bingkainya disempurnakan oleh pelindung tepi serta bridge blocker, khusus untuk perlindungan mata.

Inspirasi retro menjadi pertaruhan Cogswell, di mana ia menampilkan ‘frame fitting technology’ yang memudahkan pemakaian. Manakala Deadbolt diiringi teknologi Prizm Lens, dengan bentuk bingkai bulat dan ada elemen kesenibinaan dari segi rekaannya. Menjadikan Deadbolt distingtif. Flak XS pula dicipta buat atlet-atlet generasi baharu. Sudah tentu, prestasi menjadi prinsip utama Flak XS yang menjadikan daya tahan lama sebagai keutamaannya.

PRADA

Miuccia Prada seperti lazim, mengunci keras identitinya pada jenama Prada. Prada pasti menyatukan kesemua nilainya – seperti menegapkan tradisi artisan, inovatif dan kreativiti – dalam satu adunan. Dan ia jelas terpancar pada rekaan-rekaan kaca matanya buat perempuan juga lelaki.

best sunglasses 2019

Himpunan kaca mata perempuan Prada mengamati ‘dialog’ antara retrospeksi retro dan stail eksperimen. Ia bermain dengan keberanian, bentuk-bentuk geometri dan oversized yang digabung padan dengan butiran-butiran sofistikated serta clean lines. Rangkaian Prada Duple menggabungkan ketahanan dengan sensuality. Profil berbentuk bulat, siluet bersih pada bahagian hadapan juga temple dilagakan oleh nada rekaan berani. Model terbaru daripada rangkaian Prada Journal menampilkan kesederhanaan gaya dengan padanan stail elegan dan sofistikated.

Rangkaian kaca mata lelaki mendukung idea kontemporari dan sifat elegan yang ringkas. Di sebalik rekaan-rekaannya yang berani serta bentuk-bentuk geomteri, Prada menyisip sekali kreativiti juga nilai avant garde pada perinciannya. Turut mengetengahkan rangkaian Prada Duple, ia diperbaharui oleh aspek kemodenan.

PRADA LINEA ROSSA

Prada Linea Rossa meneliti teknologi ultra-moden dalam penyelidikan rekaan-rekaannya. Seperti selalu, kedapatan gaya Prada Linea Rossa pasti ada integrasi fesyen serta aspek kesukanan.

Untuk musim ini, sama seperti yang lain, Prada Linea Rossa mengait kata kunci kontemporari dengan aspek kesukanannya. Estetika minima yang mengoptimumkan kefungsian, rekaan kali ini menebarkan keunggulan prestasi dan kemodenan. Ringan dan selesa, bingkai kaca matanya sangat stailish, menampilkan butiran grafik yang dimadukan bersama lensa bercermin. Bukan sahaja kontemporari, malahan ada sentuhan avant garde.

RAY BAN

Melaung cogan kata #PROUDTOBELONG menerusi kempennya, Ray Ban seakan-akan membawa kita mulih ke akar umbi dan ke alam kita mendewasa. Mengingatkan kita “where we belong.”

Ray Ban musim ini tidak menyempadani gaya. Ia mengutamakan kepebagaian – daripada gaya vintaj yang bersaduran bar metal ke stail logam era 70an sehinggalah gaya asli Ray Ban. Palet ronanya juga pelbagai, berbanding sebelum-sebelum ini. Gaya transparensi atau penuh jaluran, warna-warni Havanas serta rona logam dan lensa yang dilengkapi rona yang bisa ditukar-tukar, mencadangkan bentuk-betuk ikonik Ray Ban ini dalam perspektif segar.

Rekaan-rekaan Ray Ban kali ini membangkitkan kebaharuan yang tiada limitasi. Menyemat attitude, semangat juga keyakinan yang membakar kejatian diri!

PILIHAN EDITOR
best sunglasses 2019
Kaca Mata Hitam Prada

 

best sunglasses 2019
Kaca Mata Hitam Dolce & Gabbana

 

best sunglasses 2019
Kaca Mata Hitam Emporio Armani

best sunglasses 2019

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE