SEARCH

Silk Route Direntasi Bonia Ilham SS18 Blossoming Collection

Silk Route Direntasi Bonia Ilham SS18 Blossoming Collection

bonia silk route spring summer 2018 blossoming collection

BONIA mengimaginasikan kisah lampau. Riwayat dahulu kala yang menceritakan bagaimana Timur dan Barat bersatu menerusi lolosan Silk Route, disimpul menjadi tema utama himpunan musim bunga panas 2018 Bonia. Untuk musim ini, Bonia yang teguh dengan jati diri Itali membawa kita mengelana merentasi Silk Route, menyingkap kebudayaan rencam tanpa perlu mengepal pasport di tangan. Dengan memerihalkan perjalanan kembara Marco Polo sebagai seorang merkantil yang berbekalkan sekerdip harapan juga pengalaman telah mengilhami BONIA.

bonia silk route spring summer 2018 blossoming collection

Pengembaraan Marco menemui khazanah yang penuh dengan cetakan-cetakan mewah serta kekayaan motif-motif avant-garde, mencerminkan pertukaran kebudayaan Timur dan Barat. BONIA mengutip semua itu sebagai sendi inovasi fesyen masa kini. Corak-corak artistik, teknik juga stail yang terbit daripada Silk Route serta lanskap gurun dan jalan-jalan misteri menjadi inspirasi koleksi musim bunga panas 2018.

Tidak cukup dengan itu, bayangkan lagi kafilah yang berpergian di kawasan gurun bersama unta-untanya, panghijrah-penghijrah merantau dan bazar-bazar Timur Jauh… begitulah sandiwara yang cuba diketengahkan oleh BONIA.

SILK ROUTE MENGILHAMI MOTIF FLORAL

Motif-motif bersifat botani atau floral senantiasa mengukir identiti pada beg tangan perempuan BONIA. Seiring dengan musim bunga menyuasanai Bonia kali ini, ia memperkenalkan Blossoming Collection – himpunan yang memaniskan sifat-sifat botani yang dicedok daripada perjalanan Silk Route. Koleksi ini bukan hanya melambangkan nafas baharu BONIA, beg-beg tangan daripada Blossoming Collection juga menyemat butiran-butiran seperti mutiara yang digayakan dalam rupa fun dan elegan.

Pertemuan butiran-butiran mutiara dengan applique floral daripada material kulit ini mempamerkan estetika moden, untuk perempuan-perempuan stailish dan ultra-chic. Dengan menampilkan opsyen-opsyen stail beg bucket atau tote, menghidupkan nada kasual dan untuk si traveler! 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang beg-beg Blossoming Collection daripada BONIA ini, klik bonia.com.

ANTARA KOLEKSI BEG BLOSSOMING COLLECTION BONIA S/S 2018

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE