SEARCH

British Vogue Isu Pertama Di Bawah Pimpinan Edward Enninful Mengasalkan Aura Cover Vogue 60an!

British Vogue Isu Pertama Di Bawah Pimpinan Edward Enninful Mengasalkan Aura Cover Vogue 60an!

Let’s take a look at Edward Enninful’s first Brtish Vogue cover! Menampilkan Adwoa Aboah sebagai muka hadapan, isu pertama British Vogue di bawah bimbingan Edward Enninful ini keluar pada bulan Disember 2017.

Rangkupan paradigma dunia fesyen kali ini tak berhenti berubah-ubah. Ada sahaja yang berlaku meledakkan dunia fesyen, tidak kisahlah khabar yang baik mahupun yang buruk. Peralihan kuasa penghulu kreatif baru menggantikan yang mantan di jenama-jenama besar antara yang paling galak terjadi baru-baru ini, kemudian dikejutkan lagi dengan berita pemberhentian Christopher Bailey di Burberry awal tahun hadapan – baru semalam saya mengeluarkan cerita tersebut.

 

British Vogue Edward Enninful
Cover British Vogue isu Disember 2017 hasil pimpinan Edward Enninful, hasil tangkapan gambar oleh Steven meisel

 

Arena Majalah?

Dalam arena permajalahan pula, good news, L’Officiel edisi US dilancarkan dua hari lepas. And speaking of publication and editorial, bulan April tahun ini juga menyaksikan satu transisi besar di British Vogue, pabila keluar pengumuman Alexandra Shulman yang menjawat posisi ketua pengarang di situ selama lebih daripada 20 tahun, akan digantikan oleh Edward Enninful. Masuk bulan Ogos yang lalu, secara rasminya Edward menjadi ketua pengarang di British Vogue.

Dalam Instagram Edward sendiri, bertarikh 1 Ogos, sempat dia memuat naik gambarnya berlatarkan belon huruf ‘VOGUE’ pemberian Stella McCartney. Saat melihat gambar itu, terus teragak… history in the making!

British Vogue isu Disember 2017 adalah isu pertama oleh Edward. Tak sabar-sabar menanti apa yang terkandung dan yang terlihat dalam isu julung kali ini. Semalam, terungkai juga. British Vogue December 2017 Issue oleh Edward Enninful yang diiringi #NewVogue, yang meletakkan Adwoa Aboah sebagai cover girl dan hasilnya, ia kelihatan seakan-akan cover Vogue era 60an (gambar di atas). And we love it!

Konsep Penggambaran Muka Depan British Vogue

Adwoa Aboah didandani dalam helaian Marc Jacobs musim bunga 2018, dengan lilitan skaf kepala, warna bayang mata biru yang disolek oleh Pat McGrath dan dangling earrings, saling tak tumpah meligatkan kembali Vogue tahun 60an. Gambar yang diambil oleh fotografer Steven Meisel, menjadikan isu pertama Edward ini cukup ikonik.

Isu Disember kali ini memberi penghormatan kepada Great Britain – sosok-sosok British, baik dalam industri politik mahupun lapangan kreatif – yang menjadi kebanggaan seantero dunia. Antara yang tersenarai termasuklah ahli politik Sadiq Khan, pereka fesyen Victoria Beckham juga John Galliano, penyanyi Zayn Malik juga model-model seperti Jourdan Dunn dan Cara Delevigne. Apa yang menarik lagi, supermodel Naomi Campbell dan Kate Moss bertindak sebagai contributing editors dalam isu ini, manakala Pat Mcgrath pula adalah beauty editor-at-large.

Kita lihat dua lagi gambar Adwoa (di bawah) dalam helaian British Vogue yang baru, diambil oleh Steven Meisel. 

“British Vogue yang baru ini tentang merai kepelbagaian. Saya mahu menunjukkan wanita-wanita yang punya kelainan dan keunikan. Daripada bangsa yang berbeza, kelas yang berbeza malah bentuk badan juga berbeza. Aspirasi saya adalah mahu menjadikan British Vogue ini bersifat lebih terbuka dan membuat orang membacanya juga selesa,” jelas Edward dalam temuramah bersama BBC.

Video dialog antara Edward Enninful dengan Adwoa Aboah (di bawah) untuk British Vogue December Issue.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE