SEARCH

Burberry Belt Bag & Siapakah Yang Sudah Menjinjitnya?

Burberry Belt Bag & Siapakah Yang Sudah Menjinjitnya?

Tanggal Isnin, 17 September yang lepas adalah hari bernama buat Burberry. Hari tersimpulnya sejarah apabila jenama yang menggenggam erat nadi Inggeris dikepalai oleh si anak dagang, Riccardo Tisci. Riccardo mengubah wajah Burberry, menyemat jati dirinya. Sungguhpun begitu, dia masih tidak menentang sepenuhnya jiwa sejati Burberry. Masih ada yang dia kekalkan dan pelihara untuk tidak menyingkir keaslian jenama.

Terus ia mengukit ingatan kita pada apa yang pernah Christopher Bailey – mantan pengarah kreatif Burberry –  tinggalkan, masih lagi dimegahkan sehingga ke hari ini. Kata orang, sesuatu yang indah semalam bertugu jadi kisah masa hadapan yang manis. Ingat lagi Burberry Belt Bag? Christopher memperkenalkan Burberry Belt Bag ini yang membuat kemunculan pertama sewaktu pertunjukan February Show awal tahun ini. Ia juga yang terakhir daripada Christopher.

Ilham Christopher ke atas beg ini terbit daripada kot trench ikonik Burberry, menampilkan tali berupa tali pinggang jaket atau kot sebagai pengancing utama – oleh sebab itulah ia digelar Belt Bag – yang menjadi tarikan utamanya. Rekaannya yang disempurnakan dengan kapasiti besar luas serta bahagian luaran yang ringkas bersih diinspirasikan oleh rupa kot Burberry itu sendiri.

Kini, Burberry Belt Bag meraih gelaran ‘The IT Bag’. Ia mula dinjinjit dan menjadi bimbitan figura-figura ternama, baik antarabangsa mahupun lokal. Siapa yang sudah menjinjit Burberry Belt Bag? Antaranya adalah Fyza Kadir, Brian See dan Neelofa! Ayuh, kita lihat gaya-gaya selebriti-selebriti serta personaliti-personaliti ini bersama Burberry Belt Bag sebagai ‘pelengkap’ diri!

burberry belt bag
“Rekaannya sangat unik. Bisa dipakai dari siang ke malam, tak kira waktu dan untuk apa. Saya sangat suka dengan butiran tali pinggang yang tercetus daripada kot trench ikonik Burberry kerana ia menjadikan beg ini one-of-a-kind,” Fyza Kadir.
burberry belt bag
The best feature is ‘spacious’! Kapasiti atau ruang dalam beg ini sangat besar, memudahkan saya untuk membawa apa sahaja, terutama sekali ketika pergi melancong ke mana-mana. Tambahan pula, rekaannya yang ringkas dan minima membuatkan ia tidak begitu payah untuk digayakan. Pendek kata, #theBeltBag adalah beg yang versatile,” Brian See.

burberry belt bag

Rosie Huntington-Whiteley

burberry belt bag

Kate Mara
burberry belt bag
Zendaya
burberry belt bag
Neelofa
burberry belt bag
Amiaya Twins

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE