SEARCH

Dari Dubai, London, Kini Di Malaysia… Helo, Burberry Conservatory!

Dari Dubai, London, Kini Di Malaysia… Helo, Burberry Conservatory!


BURBERRY Conservatory

Binaan yang memulihara hijau. Burberry Conservatory dibikin dengan panel-panel cermin yang membenarkan sinar mentari menerangi ruang, berfungsi bukan sahaja untuk menjaga malah menghidupkan apresiasi terhadap alam semulajadi. Burberry menerapkan aspek yang sama – konsep atau tema konservatori – dan memperkenalkan Burberry Conservatory yang sekarang bertamu di Malaysia!

Burberry mengatur seiring konsep konservatori ini bersama tambahan baharu dalam famili mereka yakni #TheBeltBag. Beg tangan hasilan satu gagasan idea Christopher Bailey untuk Burberry ini membuat kemunculan pertama ketika pertunjukan bulan Februari awal tahun di London. Ia adalah yang terakhir daripada Christopher, sebelum pengunduran dia daripada Burberry. Christopher mengambil inspirasi kot trench klasik Burberry yakni butiran atau elemen seperti tali pinggang dan estetika serta siluet kot untuk mencorakkan The Belt Bag. BURBERRY Conservatory

Sebahagian daripada siri ‘ruang sementara’, Burberry Conservatory kini bertemu pencinta-pencintanya di Malaysia. Mencedok inspirasi rumah hijau British, himpunan eksklusif kapsul dan edisi terhad Burberry Belt Bag menyuasanai tempat pameran Burberry Conservatory. Rekaan kapsul yang dipamerkan ini memaparkan aspek-aspek serta elemen-elemen terpenting #TheBeltBag – reka bentuk dan palet ronanya.

Dalam merai Burberry Conservatory serta himpunan kapsul The Belt Bag, beg-beg edisi terhad ini hadir dalam dua saiz yang berbeza : saiz medium dan saiz kecil yang lengkap dengan tali beg berwarna-warni bak pelangi juga sulaman simbol ikonik kesatria ekuestrian. Khidmat customization turut ditawarkan, di mana tali-tali beg yang berupa tali pinggang tersebut saling bisa tukar berdasarkan cita rasa masing-masing dan boleh dibeli secara berasingan.

Oh, pada masa sama, tak ketinggalan, Burberry Pin Clutch juga ada untuk menyempurnakan Burberry Conservatory! Burberry Pin Clutch ini menampilkan empat warna edisi terhad (yang juga dilengkapi sulaman simbol kesatria ekuestrian).

Dan di mana terletaknya Burberry Conservatory yang bersinggah ke Malaysia ini? Ia bertapak di The Gardens, Mid Valley.

HIMPUNAN EDISI TERHAD THE BURBERRY BELT BAG DI BURBERRY CONSERVATORY
SUASANA SEPANJANG PEMBUKAAN BURBERRY CONSERVATORY SEMALAM!
BURBERRY Conservatory

 

BURBERRY Conservatory

 

BURBERRY Conservatory

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE