SEARCH

Burberry Playlist & 17 Tahun Trek Lagu Yang Sukar Dilupakan

Burberry Playlist & 17 Tahun Trek Lagu Yang Sukar Dilupakan

Burberry memperkenalkan Burberry playlist yakni 17 Years of Soundtrack, senarai audio untuk Apple Music yang merangkumi lagu-lagu yang menjadi obsesi Christopher Bailey. James Bay ke The Stranglers, ke Benjamin Clementine sehinggalah Bryan Ferry, lebih 200 trek atau lagu yang selama ini menjadi sebahagian daripada sejarah 17 tahun Christopher sebagai Presiden dan Ketua Kreatif di Burberry!

Burberry Playlist 17 Years Of Soundtrack playlist apple music

Baru semalam disajikan dengan tema gabungan muzik dan fesyen di Anugerah Juara Lagu yang tidak meninggalkan apa-apa kesan pada kami. Sekadar gaya-gaya karpet merah dan model-model jadi gadis trofi yang membuatkan kami seperti rusa masuk kampung… di mana fesyen-nya? Entahlah, mungkin kami saja yang berasa begitu agaknya.

Menyambung perbualan tentang muzik dan fesyen, memang benar pun kedua-dua lapangan ini saling berkorelasi. Christopher Bailey tahu betapa kuatnya pengaruh muzik – baik kepada fesyen atau apa sahaja – yang mampu menyusup ke telinga dan menggelorakan pancaindera. Maka itulah, Christopher tidak pernah terlepas daripada menyisip muzik ke alam fesyen di Burberry kerana dia tahu kedua-duanya tidak bisa terlerai.

Burberry Playlist 17 Years Of Soundtrack playlist apple music

Christopher yang menyertai Burberry 17 tahun seperti terwujud hubungannya dengan muzik. Dia menjulang kuasa muzik sama ada sebagai soundscapes pada pertunjukan fesyen Burberry mahupun dalam kempen, dengan mengetengahkan pendatang-pendatang baru atau bintang ‘senior’ yang telah lama mewarnai industri muzik. Acap kali persembahan koleksi Burberry, lantai pentasnya bergegar dan gemuruh dengan iringan seriosa secara langsung daripada bintang-bintang muzik yang menyempurnakan seluruh pertunjukan.

Terkenang kembali memori Paloma Faith menyanyikan lagi ‘Only Love Can Hurt Like This’ di pentas Burberry Prorsum musim luruh 2014. Oh, mana boleh lupa tiga tahun lepas di mana Christopher mengorkestrakan pertunjukan ‘Functionregalia’ – Burberry musim bunga 2016 – di Kensington Gardens yang begitu gah dan indah, ditemani nyanyian Alison Moyet bersama 32-piece orchestra. Sungguh mengagumkan!

Burberry Playlist 17 Years Of Soundtrack playlist apple music

Music has influenced me profoundly from a very young age and has always been an emotive companion in my life. Kecintaan ini membuatkan saya punya cita rasa rencam dalam muzik, terutama sekali artis-artis British, tidak kira yang lama atau yang baru. Saya sentiasa memandang muzik sebagai sumber inspirasi,” kata Christopher.

Jelas Christopher, ’17 Years Of Soundtrack’ adalah cara terbaik merayakan muzik-muzik yang bukan sahaja membentuk fesyen, malah perjalanan masa dan karier dia di Burberry. Mixtape trek-trek ini juga adalah penghargaan buat sesuatu yang lampau, kala kini dan yang akan datang. Harapannya adalah untuk menampilkan pengalaman muzik kepada audiens, memperkenalkan muzik baharu dan musical rediscovery.

Burberry Playlist 17 Years Of Soundtrack playlist apple music
Temu Bual bersama James Bay turut ada dalam ’17 Years Of Soundtrack’, sebagai salah seorang Burberry music collaborators

 

’17 Years Of Soundtrack’ sudah dilepaskan secara eksklusif di Apple Music minggu lepas. Apa yang terkandung dalam senarai audio ini yang diatur oleh Christopher sendiri adalah :

  • - Lagu-lagu yang dipersembahkan sewaktu pertunjukan fesyen 
    Burberry termasuklah lagu-lagu daripada Adele, 
    Elton John, The Cure, Dusty Springfield, Birdy 
    dan Marina and The Diamonds. Artis-artis akustik 
    Burberry juga ada, seperti Misty Miller dan Anna Calvi.
  • - Trek-trek nyanyian artis-artis secara langsung di acara-acara 
    terpenting Burberry termasuklah Benjamin Clementine, Tom Odell 
    dan George Ezra.
  • - Rakaman temu bual bersama artis-artis yang berkolaborasi dengan 
    Burberry seperti James Bay, Paloma Faith, Alison Moyet dan ramai 
    lagi.

Burberry Playlist 17 Years Of Soundtrack playlist apple music

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE