SEARCH

Burberry Riccardo Tisci – What We like So Far?

Burberry Riccardo Tisci – What We like So Far?

burberry riccardo tisci spring summer 2019

Semalam menjanjikan sinar baru buat Burberry. Setelah Riccardo Tisci dititpkan tugas besar menyandang jawatan sebagai ketua kreatif Burberry, ada banyak gembar-gembur mengenainya. Debut Riccardo untuk Burberry umpama datangnya satu warta yang meributkan dunia fesyen.

Pertama-tama, Riccardo mengubah logo monogram Burberry. Kerjasama dia bersama artis grafik Peter Saville, mengajak semua orang bercakap dan mengundang seribu satu tanggapan. Kemudiannya, Riccardo meneruskan lagi usaha ‘See Now, Buy Now’, merancang untuk melepaskan jualan ke atas produk-produk yang terlihat di atas pentas musim bunga panas 2019 selama 24 jam menerusi Instagram juga WeChat Burberry. Malah pada awal bulan lalu, Riccardo dan Burberry mengumumkan mereka akan menghentikan penggunaan bulu dalam koleksi terbaru ini.

Sebaik himpunan Riccardo untuk Burberry dipertunjukkan di minggu fesyen London semalam, ia umpama bab baru dalam ‘kehidupan’ jenama yang digenangi jati diri Inggeris. Menamakan himpunan musim ini sebagai ‘Kingdom’, (berdasarkan nota koleksi) ia merayakan kepelbagaian yang tersemat dalam jiwa England. Semuanya tentang apa yang kita faham fasal budaya fesyen England. Jadi, apa yang kamu tahu tentang ia? Tradisi gaya punk, fesyen orang-orang British yang selalu menentang kelaziman, gaya-gaya formal Sartorial dan semua yang menafaskan fesyen British disaingi bersama dalam satu adunan. Itulah yang terbit daripada akal budi Riccardo.

“I was also inspired by how much London – the city that made me dream to become a designer – has evolved.”

Riccardo tidak mengubah seratus-peratus jenama ini. Masih ada lagi classic checks, rona perang, kot trench dan oh, motif haiwan seperti corak kulit lembu – throwback Burberry musim luruh dingin 2013 – yang dijulang oleh Riccardo. Dia berpaut teguh dengan sumpahnya, yakni memelihara kod rumah fesyen ini.

Namun, ada juga look yang dipersembahkan memperlihatkan cita rasa Riccardo. Dari aspek manipulasi pola dan pengaruh gaya-gaya streetwear. Terutama sekali himpunan lelaki kali ini yang diolah dalam rupa siluet besar, longgar juga sporty yang mencerminkan sesuatu yang Riccardo selalu buat. Nampaknya, Riccardo is still being Riccardo. Masih payah untuk menepis identitinya.

Untuk menyambut debut Riccardo di Burberry untuk musim bunga panas 20919, inilah sedikit ‘breakdown’ apa yang kami suka (setakat ini) tentang trend yang dibawakan oleh Burberry daripada Riccardo Tisci.

burberry riccardo tisci spring summer 2019

TASSELS, TASSELS!

Butiran rambu rumbai warna emas yang menjadi perincian baharu kali ini.

KAMI SUKA ‘LOOK’ INI

 All white ensemble – dress bersama blazer bertali pinggang besar. Dipadankan bersama kasut rata, tapak tebal dan stokin. This styling is hundo-P!

KOT TRENCH ‘SKAF’

 Gabungan pola pada kot trench klasik dengan skaf ini menghidupkan keunikan. Kot trench tidak lagi sekadar…kot trench tipikal.

RICCARDO IS GOOD AT WHAT HE DOES

 Siluet besar juga longgar pada rekaan lelaki dan rekaan dress malam yang mencerminkan identiti Riccardo – dari ‘zaman’ Givenchy lagi. And oh, the black dress’s back! 

IKATAN SKAF PADA PINGGANG

 Skaf adalah highlight dalam himpunan Burberry daripada Riccardo. Skaf yang mengikat pinggang ini adalah antara idea terbaik Riccardo.

KORSET & KEMEJA = SILUET BAHARU

 Menggabungkan korset ketat ke atas dress kemeja besar ini adalah pembaharuan dari aspek siluet. Seksi tetapi subtle. 

RANTAI SEBAGAI ‘UMBRELLA HOLDER’

 Guys, say hello to your new accessories! Lilitan rantai pada tubuh sebagai umbrella holder.

EKSTRA, EKSTRA!

 Kami suka dengan manipulasi pola pada rekaan pinggang seluar yang sengaja diolah longgar. Dan oh, inilah yang kami sebutkan tadi, Riccardo mengembalikan motif kulit lembu.  

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE