SEARCH

Calvin Klein Eyewear Baharu – Ketersendirian, Ada Kelainan & Sudah Tentu, Ikonik!

Calvin Klein Eyewear Baharu – Ketersendirian, Ada Kelainan & Sudah Tentu, Ikonik!

Calvin Klein Eyewear yang baharu cukup ikonik! Mempertaruhkan sifat nostalgia, kontemporari dan architectural, yang sememangnya cerminan jenama ini. Menjanjikan gaya-gaya variasi dan berani, untuk si penghuni kota.

Sebelum itu, kita imbas semula the new Calvin Klein di bawah kelolalan Raf Simons yang bertindak sebagai penghulu kreatif Februari lalu. Raf menginovasi semula Calvin Klein, sungguhpun tak beranjak daripada sifat citra minimal Amerika – yang sinonim dengan Calvin Klein – cuma kali ini lebih bersandarkan akal budi Raf. Lebih berseni dan punya estetika tersendiri.

Atma minima, Americana dan distinctive yang dijunjung oleh Calvin Klein turut mengilhami himpunan kaca mata musim ini! Himpunan kaca mata untuk perempuan juga lelaki kali ini menampilkan rekaan-rekaan baru yang ada kelainan, gabungan penggunaan material dan palet warna berani yang memerihalkan identiti Calvin Klein.

Dua kaca mata Calvin Klein yang menjadi pilihan utama STAIL.MY yakni :

CK6002A – Bingkai yang berbilang lapisan menjadikan siluet bulat pada cermin mata ini kelihatan unik. Dengan goresan logo Calvin Klein pada bahagian temples dan disempurnakan dalam warna-warna mewah seperti hitam, kelabu, Havana dan merah Bordeaux.

CK1235SA – Kaca mata ini kontemporari, mempertemukan vintaj klasik dengan sifat moden. Bingkai logamnya dilengkapkan dengan temples bentuk silinder dan sudah tentu ada logo Calvin Klein padanya, untuk menegaskan estetika. Ia hadir dalam warna perak, emas malah kelabu keunguan kebiruan yang semuanya berkilat dan juga emas satin.

Antara Kaca Mata Lain Daripada CK Eyewear

CK9557A – Inspirasi vintaj, berbingkai bulat dan perincian minima. Hadir dalam warna hitam, biru, Havana dan kuning pudar.

CK5990 – Mengembalikan rekaan yang berpangsikan nostalgia, diinterpretasi semula, lebih feminin juga berani. Muncul dalam corak tortoise merah jambu, firus, hitam dan Havana. 

CK5463 – Bingkai bersegi, menguatkan rekaannya yang moden dan sleek. Tambah-tambah lagi disempurnakan oleh corak tortoise berjalur. 

CK4357S – Bentuk navigator rekaan architectural yang sinonim dengan Calvin Klein, rekaannya disertakan ‘ruang negatif’ menjadikan ia unik. Dihiasi corak horn warna kelabu, medium juga palet terang. 

CK4352S – Rekaan berupa architectural yang terbias pada bingkai bentuk cat-eye ini – mencerminkan identiti Calvin Klein. Boleh didapati dalam warna hitam, Havana dan ungu Havana.

CK4347SA – Bingkai bulat yang vintaj mencerminkan ciri-ciri chic dengan perincian corak unik pada temples. Kaca mata ini hadir dalam warna hitam, perang, kelabu Havana dan merah bordeaux. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE