SEARCH

Celine Plastic Bag & Siapa Selebriti Malaysia Yang Memakainya?

Celine Plastic Bag & Siapa Selebriti Malaysia Yang Memakainya?

Celine plastic bag SS18 is a thing now. Walaupun Phoebe Philo berangkat pergi dari Celine (atau patutkah sekarang memanggil Phoebe sebagai mantan?) tetapi dia masih mampu memahat kesan yang sungguh kuat dan meninggalkan bekas. Legasi Phoebe tak terkubur lagi, kontinuiti inovasi dia masih kuat terasa. Orang barangkali mendambakan keunggulan Phoebe di Celine, maka beg jinjit plastik yang terlihat di atas pentas musim bunga panas 2018 lepas dimegahkan dan kini menjadi aksesori ‘mesti ada’!

Saya secara peribadi adalah an avid fan beg-beg sebegini, terutama sekali beg tote kanvas. Untuk pergi kerja, urusan-urusan harian bahkan beg sewaktu bercuti pun, lebih selesa menjinjing beg tersebut. Mudah untuk ‘humban’ segala keperluan dalam satu ruang yang sama, tidak ada kompartmen lain dan ditambah lagi kapasiti yang boleh tampung semuanya.

Pada ketika Celine mengeluarkan idea beg yang sama untuk musim bunga 2018 – tetapi benar-benar menyerupai beg plastik pasar raya – dalam rekaan transparensi, disempurnakan dengan motif tipografi logo ‘Celine’ serta arahan ‘Warning’ dengan kesalahan tatabahasa Inggeris yang memang diniatkan begitu, bisik hati saya, “Adakah beg pasar raya dan beg bazar trending sekarang? Really? Ada lagi beg seperti ini?”

celine plastic bag ss18

Tak semua mengucapkan kata-kata manis fasal beg ini. Rasa-rasanya yang bereaksi negatif terkejut dengan harganya yang bernilai 590 dolar, semata-mata untuk beg plastik. Mungkin juga kerana sebab tak percaya Celine seakan-akan sampai hemat menampilkan rekaan beg yang boleh didapati di mana-mana kedai pun.

“@sflavius.mercuriusI never want to meet the type of person that would buy this ????”

“@stosic_stefan Really???”

Sudah tentu, tak kurang juga yang menyukainya. Jika post gambar beg plastik ini di Instagram rasmi Celine mencecah lebih 25,000 likes… so?

“@blancalomar Love???? @marinacb”

“@andradanielleleeY’all make a plastic bag look pretty. Lol. This is where it’s at – the details. @celine ????????????????????????”

Buzz dan hype itu yang penting. Celine bijak menyematkan semua itu jadi percakapan orang ramai, tanpa mempedulikan natijahnya. Entah-entah Phoebe sengaja, sebelum dia mengerinjang kakinya keluar dari Celine. You never know.

Dan ini bukan pertama kali beg bazar atau beg pasar raya menyinggahi dunia fesyen menjadi trend aksesori. Hello!! Ingat lagi Prada menswear musim bunga 2011 yang muncul dengan rekaan baju seperti scrub doktor? Aksesori beg tote membeli belah daripada material kulit nappa lembut diperkenalkan. Kemudiannya, beg bazar Balenciaga dan Dolce & Gabbana yang mencetus isu. Malah Raf Simons ada menghasilkan beg transparensi yang sama rupanya dengan beg Celine ini untuk Voo Store.

Come on, it’s fashion. Ia subjektif. Celine telah melangsungkan idea bahawa beg plastik bukan lagi bahan buangan. Sebaliknya, dia ‘kutip’ beg plastik tersebut dan meletakkannya di fasa yang berbeza. Fikir positif, mungkin ini adalah inisiatif untuk menjaga alam sekitar dan menyahut seruan ‘No Plastic Bag’. Banyak kemungkinannya.

Oh, siapa bintang lokal kita yang sudah menjinjit dan menggayakan beg Celine ini? Sudah tentu, Scha Al Yahya dan Neelofa! Lihat penampilan masing-masing dan bagaimana mereka bisa memperlihatkan sisi uber-cool beg ini.

celine plastic bag ss18
Scha Al Yahya menggayakan beg Celine (sambil berkasut sniker Louis Vuitton) dan dipadankan dengan gaya bersut double breast. Love!

 

celine plastic bag ss18
Ikon fesyen semasa, Neelofa juga menjinjit beg yang sama. Dan pabila melihat Lofa menggayakannya, we think this bag is kinda cool too!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE