SEARCH

3 Himpunan Kapsul Istimewa Merai Chinese New Year 2018

3 Himpunan Kapsul Istimewa Merai Chinese New Year 2018

Chinese New Year atau Tahun Baru Cina yang menjelma Februari nanti menjanjikan sesuatu untuk memastikan kamu stay stailish – aksesori-aksesori kecil daripada Bottega Veneta, barang-barang kemas Dior dan kemeja T serta pelengkap gaya lain daripada Versace – kesemuanya menjunjung tema perayaan.

Terang-benderang cahaya dan berterbangan nyala api kelak. Segenap tenaga terkumpul untuk merai hari perayaan yang pertama saban tahun. And Chinese New Year is around the corner! Tahun ini… adalah tahun anjing pula.

Tiga jenama bersama-sama menyambut Tahun Lunar dengan memperkenalkan koleksi kapsul istimewa Tahun Baru Cina. Bottega Veneta, Dior dan Versace mendukung idea tema warna merah, motif corak juga grafik anjing dan menyemarakkan keriangan.

CHINESE NEW YEAR SPECIAL BOTTEGA VENETA

Bottega Veneta menampilkan The Canine Collection. Koleksi kapsul eksklusif ini membariskan aksesori-aksesori yang bertenaga dari aspek warna juga motif yang digunakan dan direka dalam material kulit nappa lembut. Bottega Veneta menatah corak berupa anjing dachshund, German sheperds, Chihuahua, Labradors dan poodles menjadi motif utama pada rangkaian dompet.

Bertambah menarik lagi, bag chains dan pemegang kunci pula hadir dalam rekaan berbentuk anjing, seiringan dengan tema Tahun Lunar kali ini. Malah ada yang diolah dalam intreciatto, stail yang sudah sinonim dengan Bottega Veneta

Chinese New Year 2018 Bottega Veneta
Anjing dachshund, antara motif utama dompet Bottega Veneta

 

Chinese New Year 2018 Bottega Veneta
Case iPhone juga dihiasi motif yang seiringan dengan tema Tahun Baru Cina

 

Chinese New Year 2018 Bottega Veneta
Identiti ‘Intreciatto’ Bottega Veneta dihiasi motif pelbagai baka anjing sebagai tema koleksi Tahun baru Cina

 

 

NOUVEL AN CHINOIS DIOR

Chinese New Year 2018 Dior

Dior pula merai perayaan ini dengan menampilkan rona yang cukup bermakna apakala Tahun Baru Cina bertandang. Yakni warna merah! Kerana merah itu melambangkan tuah.

Warna merah menyimbah kesemua barang-barang kemas juga jam tangan merah, tersemat menjadi pellet dominan. Barang kemas Rose Des Vents Dior diberi nafas baru, muncul dalam emas merah jambu, berlian juga lakuer merah seramik dengan rona merah dikekalkan sebagai feature utama. Manakala jam tangan The La Mini D Dior Rose Des Vants serta La D De Dior Satine turut menampilkan rona merah lakuer pada permukaan dial.

 

Jam tangan Dior Grand Bal tidak ketinggalan merayakan Tahun Baru Cina, memperkenalkan rangkaian musim bunga 2018 – dial yang disempurnakan dengan ‘branches’ warna kuning keemasan dan dihiasi corak bunga.

ANTARA AKSESORI-AKSESORI DIOR CHINESE NEW YEAR

‘THE AUDREY CAPSULE COLLECTION ‘VERSACE

Versace pula memerihalkan sesuatu yang bersifat peribadi, terutama sekali buat Donatella Versace. Cara Versace menyambut Tahun Baru Cina adalah dengan mendedikasikan rasa cinta kepada anjing Jack Russell milik Donatella bernama Audrey!

Chinese New year 2018 Versace
Kemeja T dengan motif grafik Audrey – Anjing Jack Russell milik Donatella!

 

Versace melangsungkan penghargaan ini, mencipta koleksi kapsul yang diberi julukan Audrey Capsule Collection dan Audrey adalah bintang utama pada setiap item dalam himpunan ini.

Kemeja T untuk lelaki juga perempuan dalam warna merah dan hitam dilengkapi grafik imej Audrey yang ditambah butir-butir seperti kristal Swarovski serta studs, untuk menjelmakan efek. Beg DV One pun dihiasi corak Audrey, yang ditambah charm bunga peony sebagai simbol kemakmuran juga hormat mengikut budaya Cina.

Sudah tentu pelengkap-pelengkap gaya lain seperti beg sandang, cases, rantai kekunci, dompet dan beg kantung turut mengukir kecintaan buat Audrey – sosok Audrey sebagai focal point.

ITEM-ITEM VERSACE ‘THE AUDREY CAPSULE COLLECTION’ YANG HARUS DIMILIKI 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE