SEARCH

Kita Imbas 8 Detik Trend Chinoiserie Diagungkan CNY Kali Ini!

Kita Imbas 8 Detik Trend Chinoiserie Diagungkan CNY Kali Ini!

Menyemat chinoiserie dalam trend, mengindahkan ruang fesyen. Sedari dulu lagi diaspora estetika kecinaan atau Oriental dijulang oleh rumah-rumah fesyen ternama. Rata-ratanya, idea ketimuran itu diabadikan secara eksplisit – baik dari segi rekaan, butiran atau motif corak. Masih ingat Yves Saint Laurent (sekarang Saint Laurent Paris) mengambil butiran seperti samfu dan menggunakan fabrik broked Cina untuk musim luruh 1993. Secara literal, menjelmakan Chinese eleganza.

 Kami membayangkan cereka The World Of Suzie Wong – si perempuan dalam qipao, menyerlahkan liuk tubuh dan masih belum punah lagi jati diri tradisional.  We are not talking about cultural appropriation. This is about embracing diversification!
Melania Trump, memakai dress Gucci musim luruh 2016 untuk salah satu lawatan rasminya

 

Jika diikutkan, Paris antara yang sudah lama terpengaruh dengan trend Oriental. Warna-warna bertenaga, motif corak berani dan sulaman bersifat Oriental – semua itu menggambarkan dengan jelas bagaimana budaya timur teresap membentuk citra fesyen. Stilistik yang dikatakan eksotik ini membenarkan pereka-pereka Barat bereksperimen dengan pola, mengekstrak idea yang tidak lagi menyempadani akal mereka dan mendalami apa itu diversifikasi.

Memegahkan keunggulan Cina dalam fesyen sepertimana yang diperjuangkan oleh pereka Hong Kong berpangkalan New York, Vivienne Tam, turut didukung oleh pereka-pereka Eropah yakni John Galliano, Miuccia Prada dan Roberto Cavalli. Miuccia Prada pernah menafaskan kembali jaket Mao dalam rupa moden manakala Roberto Cavalli ada sekali itu melakukan pembaharuan pada dress quintessential masyarakat Cina, dengan menyuntik elemen ‘body-con’ pada rekaan qipao mini.

Yves Sanit Laurent untuk musim luruh 1993 (kiri) dan musim luruh 2004 (kanan) mengangkat tema kecinaan

 

Estetika kecinaan sampai ke sudah masih belum lagi ‘luluh’, selulus mencipta trend dari semasa ke semasa dan tidak pernah sekali pun estetika tersebut tergugat. Ada sahaja kelainan atau ketersendirian yang dipertunjukkan. Kita boleh lihat bagaimana Alessandro Michele begitu suka akan elemen budaya timur ini, melangsungkan idea ini pada rekaan Gucci musim luruh 2016. Medan couture juga sama, tidak gagal mengagungkan ia. Schiaparelli memodenkan corak ketimuran dan perincian dress tradisional di atas pentas couture musim bunga 2017.

Demi nikmat Tahun baru Cina hari ini, kami mengajak kamu mengimbas kembali #throwback detik-detik chinoiserie atau Oriental dijelmakan dalam fesyen. Daripada Alexander McQueen ke Gucci sehinggalah pentas couture Schiaparelli, inilah lapan jenama yang menjadi pilihan STAIL.MY!

8 MOMEN ESTETIKA CHINOISERIE DALAM FESYEN

 

1. alexander mcqueen, musim luruh 2010

chinoiserie trend cny 2018

Koleksi terakhir Alexander McQueen yang sarat dengan kemewahan, romantik dan seperti ada pengaruh Medieval. Sempat dia menyelitkan dua elemen Oriental yang ketara – warna merah dan corak naga.

2. christian dior, musim luruh 2009

Era John Galliano menunjukkan kehebatannya di Dior. Rekaan dramatik atau theatrical itu adalah makanan dia. Himpunan musim luruh 2009 pernah memperlihatkan rekaan bersandarkan butiran Cheongsam.

3. dries van noten, musim luruh 2012

Dries Van Noten mengahwinkan semua ikonografi atau simbol yang berkaitan dengan budaya ketimuran. Antaranya adalah simbol ikonik masyarakat Cina.

4. gucci, musim luruh 2016

Obsesi Alessandro Michele dengan perincian kostum tradisional Cina jelas terpancar di pentas Gucci musim luruh 2016.

5. kenzo, musim luruh 2009

Kenzo menggabungkan konsep utilitarian atau militari dengan salah satu butiran signifikan dress tradisonal Cina, yakni butang frog.

6. louis vuitton, musim bunga 2011

Daripada rekaan ke styling, semuanya on-point! Louis Vuitton musim bunga 2011 yang pada ketika itu dipegang oleh Marc Jacobs menjadikan keseluruhan ideanya fasal Oriental berhasil.

7. schiaparelli, couture musim bunga 2017

Seperti yang saya katakan awal tadi, Schiaparelli memodenkan perincian-perincian pakaian tradisional Cina. Corak naga, fastening qipao dan sebagainya.

8. zuhair murad, couture musim luruh 2011

Kuasa eksotik mengilhami Zuhair Murad lalu membangkitkan godaan dan femininity klasik pada rekaan-rekaan couture musim luruh 2011.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE