SEARCH

Kiko Mizuhara Disunting Coach Sebagai Representasi Jenama

Kiko Mizuhara Disunting Coach Sebagai Representasi Jenama

kiko mizuhara coach create stuart vevers

“I am so excited to join the Coach family,” kata Kiko Mizuhara, setelah ikon fesyen ini dilantik oleh Coach sebagai duta jenama! Kiko mengagumi sukma cool, optimistik serta semangat Coach, lantas dia bersetuju untuk bergabung tenaga dengan jenama tersebut.  Pengumuman Kiko sebagai wakil jenama juga adalah untuk mengiringi integrasi dia bersama Coach, menghasilkan rekaan beg edisi terhad.

Ogos nanti, menyamperi bulan luruh kempen Coach yang meletakkan wajah Kiko  sebagai teraju utama bakal dilepaskan. Kerjasama ini akan disaingi dengan rangkaian item Coach dan Kiko yang akan dikeluarkan, termasuklah rangkaian beg customization oleh Kiko – beg Signature Charlie yang edisi terhad, customize menggunakan Coach Create.

Untuk beg customization Coach Create ini, atmosfera angkasa lepas mengilhami Kiko dan dia menyatukan ia bersama batu-batu yang mengelilingi corak bulan serta butiran-butiran kuntuman ros daripada material kulit. Ia benar-benar mempersonifikasikan identiti juga keperibadian Kiko yang stailish, berani dan unik!

TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA KIKO MIZUHARA

kiko mizuhara coach create stuart vevers

Apa yang membuatkan kamu amat teruja fasal kolaborasi bersama Coach ini?

Saya sangat-sangat gembira dengan peluang yang diberikan ini. Coach jenama yang usianya sudah mencecah 80 tahun, namun ia tidak pernah lari daripada kebaharuan dan kemodenan. Ia jenama asal Amerika yang begitu peopular di kalangan orang-orang Asia, terutama sekala Jepun.

Apakah aspek utama dalam memilih beg tangan?

Beg tangan adalah kemestian buat semua perempuan. Ia umpama poket Doraemon. Selamat dan hadir dengan poket-poket (atau kompartmen) yang sangat penting buat diri saya.

Untuk beg customization Coach Create ini, bagaimanakah proses rekaan kamu?

Coach Create adalah platform yang sangat menyeronokkan dan inovatif. Pada awalnya, saya diperkenalkan kepada Coach Create ketika NYFW bulan Februari lalu. Kali ini, saya bermain dengan pin-pin. Saya menjumpai pin-pin berbentuk bulan dan bintang yang saya sangat-sangat suka dan saya tidak teragak-agak langsung memilih ia. Kemudiannya, saya membuat bentuk bulat dengan menggunakan butiran-butiran batu berwarna untu membangkitkan suasana angakasa lepas. Saya mengemaskan corak beg itu untuk menerbitkan sifat individualistic.

Siapa insan yang kamu bayangkan dalam ingatan akan menjinjit atau membawa beg ini?

Ia adalah untuk sesiapa pun, semua perempuan. Saya harap beg saya ini tidak membatasi usia, jantina, atau status dan mereka benar-benar menghargai rekaannya.

Secara peribadi, setelah berjumpa dengan Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers pada Februari dan April baru-baru ini, apa pendapat kamu tentang dia?

Stuart adalah seorang yang peramah dan memiliki sense of humor. Dia sangat-sangat terbuka dan tidak prejudis. Malah, apa yang menarik fasal Stuart lagi adalah dia mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi lebih-lebih lagi dalam soal kebaharuan, tetapi dalam masa yang sama dia berminat dengan ciri-ciri tradisional. Satu gabungan yang begitu menarik.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE