SEARCH

Coach X Rodarte: Mengahwinkan Falsafah Dua Pereka Amerika Terhebat

Coach X Rodarte: Mengahwinkan Falsafah Dua Pereka Amerika Terhebat

Coach-X-Rodarte

Banyak juga yang teruja menunggu kolaborasi ini. Coach X Rodarte mengahwinkan falsafah dua jenama terhebat Amerika. Bayangkan pabila Kate dan Laura Mulleavy berpadu idea dengan Stuart Vevers – pastinya mencipta koleksi yang sungguh hebat. Koleksi yang menemui pencinta jenama ini 12 April lalu sepatutnya hanya terkandung 15 item tetapi final cut mengandungi 40 item terdiri daripada ready-to-weardresses! moto jackets! knits! selain aksesori.

Koleksi ini dibangunkan daripada signature dua jenama ini: legasi pembuatan kulit Coach dan keagungan Rodarte untuk embellishment. Jadi rekaan saddle bag signature dan gelang kulit Coach dihiasi floral appliques:dan iklan vintaj Coach era 70-an dulu bertulis “This Is A Coach Bag” diterjemahkan semula di atas sweatshirts dan t shirt menerusi lensa Magritte-esque oleh adik-beradik Mulleavy.

Kami melihat arkib Coach bersama Stuart (Vevers) dan kami jatuh cinta dengan kempen vintaj dan beg-beg dari era 70-an: ia seperti berhubungan dengan semangat rekaan dan perspektif unik kami. Kate & Laura Mulleavy.

Vevers pula menerangkan, “Pabila mereka mencadangkan mengambil kempen iklan vintaj 70-an Coach dan mencetaknya di atas t shirt, ia membuat saya berfikir tentang revolusi kehidupan beg – daripada rekaan hingga ke iklan – bentuk rekaan beg ini pada awalnya.” Dia pula sememangnya peminat setia kerja-kerja Kate dan Laura. “Saya sering sukakan kolaborasi dan bertukar idea dengan pereka lain. Sebagai orang baru dalam dunia fesyen Amerika, saya suka dapat bekerjasama dengan pereka Amerika kerana ia dapat mengembangkan pandangan saya. Pendekatan Kate dan Laura sangat unik tetapi masih menggambarkan semangat kreatif American.”

4 Looks Daripada Koleksi Coach X Rodarte Pilihan STAIL.MY

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE