SEARCH

Cole Haan ‘Pinch’ – Interpretasi Semula Siluet Klasik Amerika

Cole Haan ‘Pinch’ – Interpretasi Semula Siluet Klasik Amerika

Seperti yang selalu, ada saja teknologi atau pembaharuan yang diketengahkan oleh Cole Haan. Untuk musim bunga panas kali ini, Cole Haan mulih ke tempat asalnya, menyingkap siluet Amerika sebagai punca ilham untuk rekaan-rekaan kasut.

Cole Haan mereka semula bahagian dalam, menjadikan kasut itu ultra-fleksibel, tapak yang selesa, ringan dan ditambah lagi butiran seperti cushioning. Cole Haan Pinch Collection adalah mesti ada tahun ini!

cole haan pinch

Bayangkan, seandainya kita meredah masa ke tahun 50an dan berada di kampus-kampus Ivy League. Terlihat anak-anak muda ligat dalam ragam aksesori yang terbilang pada waktu itu yakni kasut ‘Pinch’. Kasut ‘Pinch’ menghiasi kaki masing-masing – kerana ia sangat popular pada tahun 50an – memaniskan gaya lazim Amerika. Ia memperhitungkan paduan tenaga antara keunggulan stail klasik Amerika dan seni kraf Cole Haan.

Lalu kita tertanya-tanya, mana datangnya ‘Pinch’ itu? Apa maknanya? Pinch itu asalnya terbit daripada teknik-teknik yang digunakan oleh si tukang kasut. Mereka ‘mencubit’ (pinch) material kulit pada atas permukaan kasut, ketika ia sedang berjahit dan kraf ini adalah bersandarkan sendi-sendi tradisional moccasin New England. Cole Haan memegahkan mutu ketukangan yang sama untuk koleksi terbaru musim ini!

Cole Haan membaharui siluet serta teknik ini pada rangkaian himpunan ‘Pinch’ – mengolah semula bahagian dalam, rekaan yang ultra-fleksibel, mudah dipakai, ringan dan dilengkapi cushioning. Daripada sandal ke kasut sarung sehinggalah sniker khusus buat liburan hujung minggu antara yang menjadi pilihan utama koleksi Pinch daripada Cole Haan. Tema krustasia menakali rekaan-rekaan seperti motif udang karang mahupun sepit ketam dalam warna-warni dan ia mencerminkan kesempurnaan mood musim panas.

COLE HAAN ‘PINCH’ UNTUK PEREMPUAN 

 

Cole Haan memperkenalkan Pinch Lobster Collection untuk perempuan. Yakni Pinch Lobester Thong Sandal dan juga Pinch Lobster Loafer yang masih mengekalkan faktor keselesaan yang diutamakan oleh Cole Haan. Ia mengkhayalkan gaya idealistik untuk kasual dan musim panas. Pinch Lobster Thong Sandal menampilkan motif udang karang studded pada tali thong dan bahagian lapik kaki dilengkapi kusyen kuilt.

Untuk Pinch Lobster Loafer pula, ‘perkakas’ motif udang karang terletak di atas permukaan kasut tersebut yang menafaskan mood nautika. Ia hadir dalam warna-warna lembut.

Sebagai tambahan, Cole Haan turut memperkenalkan Pinch Weekender LX dengan Stitchlite, yang menampilkan teknologi Stitchlite berserta lapik dalam kusyen yang menyelesakan, terutama sekali pada masa panas lembap (bawah).

COLE HAAN ‘PINCH’ UNTUK LELAKI

Untuk lelaki pula, Cole Haan ‘Pinch’ mengutamakan functionality dan elegance. GrandMotion Stitchlite Slip On Sneaker dan Woven Sneaker yang begitu ringan menjadi fokus Cole Haan. Buat laki-laki yang agresif dan punya cara hidup rencam, ideal untuk on-the-go.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE