SEARCH

Tali Sawat Di Minggu Fesyen Adalah ‘The Future Of Fashion’?

Tali Sawat Di Minggu Fesyen Adalah ‘The Future Of Fashion’?

Adakah ini the future of fashion? Menggantikan landasan normal pertunjukan fesyen yang menjadi ruang model-model memugar berjalan melangkahkan kaki melewatinya kepada laluan mendatar automatik yakni conveyor belt? Barangkali, masuk tahun 2020, padamnya riwayat pertunjukan fesyen tradisional, dihempas oleh aspek yang bersifat eksperimental atau futuristik.

Sebelum membawa cerita trend dan sorotan utama minggu fesyen Paris yang tengah berlangsung sekarang, kami mahu menyempatkan masa untuk bercakap fasal pertunjukan Gucci musim bunga panas 2020 di Milan tempoh hari. Kita semua sudah sedia maklum bahawa Gucci menggazet yang pertunjukannya kali ini menuju ke neutral karbon. Bagus, pujian buat mereka kerana menyimpan azam untuk menyembuh alam.

Namun, hadirin di pertunjukan Gucci musim bunga panas 2020 ‘mati’ bagai terkunci sejenak pabila salah seorang model, Ayesha Tan Jones berani memprotes secara aman di atas pentas dengan menulis mesej ringkas di atas telapak tangan, “Mental Health Is Not Fashion”. Pada mulanya, pabila Alessandro Michele mengeluarkan gerombolan model bersiap dalam helaian serba putih krim, I like to think that those are toiles. Prototaip. Sebaik sahaja terlihat rekaan-rekaan pakaian putih yang dipersembahkan – nota : pakaian-pakaian putih ini bukan untuk dijual – memimik straitjacket, ada sesuatu yang tak kena.

conveyor belt future of fashion

Sama ada ia adalah satu tindakan yang baik daripada Gucci… entahlah. Kerana ia subjektif dan Alessandro juga punya alasan sendiri mengapa dia mahu memulakan pertunjukannya sebegitu rupa. Apa-apa pun, memfesyenkan masalah mental, mungkin bukan satu aspek yang dapat diterima pakai.

Phew! Sempat juga kami bercakap fasal kontroversi yang melanda Gucci di Milan ya! Tetapi fokus kami yang sebenarnya adalah idea Alessandro menjadikan conveyor belt atau tali sawat bergerak sebagai platform pentas peragaannya. Apatah lagi pabila menyaksikan ‘opening act kontroversi’ yang menampilkan 21 model berjalan di atas tali sawat tersebut yang bergerak secara automatik – pada awal pertunjukan sahaja, sejurus selepas jadi runway biasa – membuatkan kami terfikir, “Kim Jones di Dior Men pun melangsungkan idea yang sama awal tahun ini and now, Gucci? Adakah ini tandanya masa hadapan fesyen?”

Pertunjukan fesyen masa kini yang sudah mengubah magnitud, dalam skala yang lebih besar dan Alessaandro di Gucci tidak memilih persembahan teatrikal ala-ala Mugler yang menampilkan rock impresario mahupun game show seperti Moschino musim lepas. Tidak. Sebaliknya, Alessandro menggunakan tali sawat bergerak sebagai feature utama di pertunjukan. Tali sawat bergerak sebagai pentas peragaan pun bukanlah sesuatu yang tersangat baharu. Kalau Dior Men sudah memunculkan idea tersebut untuk menswear musim luruh dingin 2019 dan Anya Hindmarch juga pernah pada lima tahun yang lalu, bermakna kita sedikit-sedkit sudah menyamperi masa hadapan fesyen, agaknya.

Seperti yang kami jelaskan awal-awal tadi, mana tahu, fesyen akan mencerminkan telatah manusia sekarang yang makin ‘malas’, terlalu bergantung kepada teknologi. Nak beli-belah pun di atas talian, mengetahui berita semasa pula menerusi Twitter sahaja. Dan fesyen sama jugalah, jadi seperti itu. Model-model tak perlu lagi berjalan. Tegak berdiri di atas tali sawat and that’s it.

 

Kim Jones di Dior Men melangsungkan idea conveyor belt yang sama untuk musim luruh dingin 2019 awal tahun ini. 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE