SEARCH

Delicious December : 2 Most-Awaited Adidas, Bottega Buka Kafe & Kempen Holiday Stuart Weitzman!

Delicious December : 2 Most-Awaited Adidas, Bottega Buka Kafe & Kempen Holiday Stuart Weitzman!

It’s delicious December month! Hujung tahun yang merayakan musim percutian, detik memberi juga menerima dan tandanya untuk menjangkah masuk ke tahun yang sudah tercatat dalam kapsul masa Tun M, yakni wawasan 2020-nya. Sebelum sudah dekat tahun 2020, kami di STAIL.MY mahu berkongsi empat berita menarik yang menjadikan bulan 12 ini bulan yang menarik. Bulan yang dijamin pasti membuahkan inspirasi!

Ingat empat ‘mantera’ bulan Disember ini : Adidas Prada, Adidas Stan Smith, kafe Bottega Veneta dan Stuart Weitzman holiday.

DELICIOUS DECEMBER : PRADA FOR ADIDAS REVEALED!

Akhirnya, terjawab jua. Ada pelbagai imaginasi artis yang dikeluarkan untuk menggambarkan rupa kasut kolaborasi Prada dengan Adidas. Ada yang muncul dengan idea mengahwinkan Prada Linea Rossa bersama Ultraboost dan ada juga yang membayangkan ada sedikit gaya Cloudbust Thunder bersama Ultraboost.

Nak tahu bagaimana rupa Prada For Adidas? Himpunan kolaborasi ini mengutip siluet asli Adidas yakni sniker Superstar dan digabung padan dengan estetika jenama Prada. Ia tanda penghormatan daripada Prada buat Adidas, dalam menjalin hubungan gandingan luar biasa ini. Bukan sahaja sniker, Prada For Adidas turut menghidangkan sekali beg boling yang menterjemahkan stail beg boling Prada dan berpadu dengan gaya beg gim Adidas. Himpunan edisi terhad Prada for Adidas mengutamakan ‘Made In Italy by Prada’ yang memartabatkan nilai kualiti pembuatannya dan membuktikan usia lebih seabad sebagai luxury leather goods house.

Rekaan yang bersih, ringkas dan tak makan dek zaman. Sniker dan beg boling Prada For Adidas memperlihatkan kedinamikan padanan. Sniker yang menggunakan Prada full-grain leather pada bahagian upper bercampur material getah Adidas Originals pada bahagian hujung kaki. Dikemaskan oleh corak herringbone pada bahagian cupsole-nya. Beg boling pula diperbuat daripada kulit lembu bermutu tinggi yang dilengkapi tali nilon dan corak tipografi atau logo Prada juga Adidas Originals menghiasi permukaan.

VEGAN ADIDAS #STANSMITH YANG KEDUA STELLA MCCARTNEY

Masih tak berganjak lagi daripada perihal Adidas. Hmm, bulan Disember adalah bulan Adidas agaknya. Selain Prada, Adidas juga ‘sibuk’ dengan edisi kedua rangkaian vegan #StanSmith yang dipersembahkan di atas pentas Stella McCartney musim bunga panas 2020!

Memperbaharui siluet ikonik Adidas yakni Stan Smith, yang menggunakan material vegan sebagai bahan pembuatan utama dan mempertaruhkan komitmen Stella McCartney terhadap aspek sustainability. Sebagai tanda penghormatan, seraut wajah Stan Smith dikekalkan sebagai motif utama pada bahagian lidah kasut belah kanan. Manakala sebelah kiri pula disempurnakan oleh potret wajah Stella serta corak tandatangannya.

delicious december adidas stan smith stella mccartney

Kasut vegan ini mengadaptasi rona-rona Stella McCartney musim bunga panas 2020, dilengkapi jaluran hitam putih pada bahagian tumit serta rona ular danu pada bahagian bintang yang diolah dalam rupa laser cut.

Oh, ia turut memperkenalkan interchangeable laces – putih klasik untuk gaya ringkas yang mengingatkan kita pada gaya kasut tenis dan tali kasut warna-warni untuk gaya yang sedikit nakal. Dan bilakah tarikh kasut vegan ini dilepaskan? Hari ini! Di stor-stor pilihan dan di atas talian!

 

BERCUTI DI OSAKA? SINGGAH BOTTEGA VENETA CAFÉ!

Musim percutian ini pasti ada banyak perancangan. Apatah lagi memikirkan lokasi atau destinasi yang ditujui. Lazimnya hujung-hujung tahun, mesti ada dua ‘jenis’ destinasi yang menjadi pilihan : negara beriklim sejuk (kerana musim dingin) dan ke negara yang ada pantai atau pulau-pulau kerana mahu ‘lari’ daripada cuaca sejuk.

delicious december bottega veneta cafe

Seandainya ke negara yang beriklim sejuk seperti Jepun, secara spesifiknya, Osaka… jengah ke kafe Bottega Veneta! Inilah kafe pertama Bottega Veneta di Osaka dan memilih gedung Hankyu Men sebagai lokasinya.

Bottega Café berkeluasan 55 meter persegi dan mudah akses ke butiknya itu. Apa yang menarik fasal kafe slash butik Bottega Veneta ini adalah kecekapan ideanya mengaburi rekaan antara bahagian luar dan dalamnya – di mana ia bermain dengan ruang. Rona-rona terang bertenaga dan cahaya terang menjadi elemen-elemen utama Bottega Café. Ditambah lagi kemasan sepertu lantai marmar Venetian dan signage pendarflour terang berona merah jambu, yang membangkitkan atmosfera bak berada di tengah metropolitan.

Kafe ini disempurnakan oleh bangku papan lapis berbentuk curve, tetingkap yang menggunakan cermin gelas yang membenarkan kemasukan tapisan cahaya semulajadi dari luar, dengan meja-meja dan bahagian bar berona biru Bottega dibalas rona hitam pada lantainya. Benar-benar menjadikan keseluruhan penampilan kafe ini kelihatan sofistikated dan punya kelas tersendiri.

KEPERKASAAN KEWANITAAN DITERUSKAN DALAM KEMPEN STUART WEITZMAN

“Step Inside” menjadi tema utama kempen Holiday Stuart Weitzman. Seperti biasa, ia masih memelihara dedikasinya ke atas keperkasaan wanita dengan menggambarkan ia menerusi jasmani penari dan lapang longlai dansa yang penuh bertenaga.

 

Kempen baharu Holiday Stuart Weitzman mencedok inspirasi daripada seni tari balet, mempersonakan audiens dengan keharmonian antara kekuatan seni tari dan semangat kewanitaan yang seakan-akan bersahaja. Tambahan pula, Stuart Weitzman menyunting penari balet klasik Misty Copeland sebagai bintang utama kempen kali ini.

Dalam kempen tersebut, ia memerihalkan penceritaan yang bermula dengan ragam Misty memasuki kotak kasut SW yang tersimpul sekali riben merah. Setelah Misty masuk ke dalam kotak itu, dia menerobosi satu alam fantasi berwarna-warni yang sarat dengan himpunan terbaru musim Holiday 2019 daripada Stuart Weitzman. Misty meresapkan seni tariannya, seraya menggayakan kasut Stuart Weitzman – menayangkan keselesaan serta ease pada kasut Stuart Weitzman dan menterjemahkan jati diri jenama tersebut yang memperjuangkan wanita berkuasa.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE