SEARCH

Dior Book Tote, Beg Tangan Yang Curi Tumpuan Musim Ini

Dior Book Tote, Beg Tangan Yang Curi Tumpuan Musim Ini

dior book tote spring summer 2018

Presente lors du defile de pret-a-porter printemps-ete 2018, beg tangan Dior Book Tote! Beg tangan yang bisa memikat hati, kerana sifat relaks juga membangkitkan rangsangan mood musim panas sebenar ini terlihat di atas pentas Dior musim bunga panas 2018 yang dijinjit oleh salah seorang model.

Perempuan dengan beg umpama lebah kasihkan telurnya. Nak menyisih perempuan daripada beg tangan milik mereka itu memang mustahillah. Apalagi beg tangan Dior! Beg tangan Lady Dior adalah antara seribu impian beragaman mana-mana perempuan. Malah dulu-dulu, rata-rata teman perempuan saya menaruh cita-cita untuk menjinjing beg tangan Lady Dior dan ada juga yang bermimpi untuk memiliki jutaan beg tersebut dalam gerobok.

dior book tote spring summer 2018

Kami di sini untuk mengisarkan pandangan perempuan untuk memusatkan mata pada satu lagi beg Dior musim bunga panas 2018 – beg Dior ‘Book Tote’!

What’s not to love about this bag?! Untuk menyempurnakan satu beg Book Tote daripada Dior ini sahaja melibatkan kerja-kerja artisan yang mengolah sebanyak 1.2 juta jahitan sulaman yang berbeza-beza dan mengambil masa berejam-rejam untuk disiapkan. Berkelana ke Mexico dan seni kraftangan negara tersebut menjadi punca ilham Dior dalam menghasilkan Book Tote, terutama sekali pada motif grafik atau corak yang digunakan juga rona warna-warninya.

Dior Book Tote berjaya menerbitkan pukauan menerusi aturan rona-rona yang kelihatan hipnotik – 15 rona yang terdiri daripada warna hijau, jingga, merah, merah lembayung, ungu lembayung dan biru yang saling berbalas-balasan. Rekaan beg Book Tote ini tercetus di studio Dior di Paris manakala sulaman-sulamannya dihasilkan di atelier di Umbria, Itali.  

Klik pautan ini untuk menyaksikan video ‘behind-the-scene’ pembuatan beg tangan Dior Book Tote : dior-spring-summer-2018-embroidered-book-tote-savoir-faire

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE