SEARCH

Gifting Idea – 10 Aksesori Dior Christmas Collection Sempena Musim Percutian Ini

Gifting Idea – 10 Aksesori Dior Christmas Collection Sempena Musim Percutian Ini

“It’s the thoughts that count!” Pesan atau seru orang, saban kali ada ‘sesi’ gifting idea. Memanglah the act of kindness di sebalik pemberian itu yang penting. Ya! Tak siapa sangkal… sama sekali. Tetapi sekali-sekala, reward diri pula? Berbelanja lebih, melabur ke atas ‘hadiah’ yang berbaloi, untuk diri sendiri?

Idea pemberian hadiah bersempena musim percutian – bukan sahaja untuk orang lain, malah diri sendiri juga – menjadi lebih sempurna seandainya ia worth the money. Dan Dior telah menyusun beberapa aksesori utamanya sebagai gifting idea! Menyemarakkan semangat Krismas, Dior memperingati juga mengutuhkan magis di sebalik budaya memberi dan menerima. Sesuatu yang dekat dengan hati Dior.

Dior mengetengahkan himpunan Cruise 2020 yang direka oleh Maria Grazia Chiuri, khusus untuk pilihan Krismas. Himpunan yang menampilkan inspirasi Afrika, mengindahkan hubungan budaya benua tersebut dengan kod rumah fesyen Dior seperti toile de Juoy – yang cukup ikonik buat Dior. Maria mencurahkan idea motif-motif inspirasi Afrika ini ke atas beg Lady Dior, disimbah rona-rona yang menjadi kecintaan Monsieur Christian yakni rona biru dan emas. Maria turut menggemilangkan corak pokok baobab, trees of life – corak-corak margasatwa serta kad tarot pada Dior Book Tote.

Di samping Lady Dior juga Dior Book Tote, aksesori lain yang menjadi tumpuan utama Dior untuk Krismas tahun ini termasuklah beg 30 Montaigne dalam rona merah bertenaga dan kasut pump J’Adior. Oh, tak lupa juga sniker hi-cut yang menampilkan corak oblique.

Dengan rimbunan semangat merayakan Krismas 2019, kami menemukan 10 aksesori Cruise 2020 Dior sebagai gifting idea kamu! Ingat, bukan sahaja untuk orang lain, malah… apa salahnya berbelanja untuk diri sendiri?

 

Anting-anting J’Adior Dior Cruise 2020

Anting-anting corak haiwan Dior Cruise 2020gifting idea dior cruise 2020 christmas

Sniker Dior Oblique

Dior Cruise Saddle Belt

Dior Cruise Saddle Bag Camo Blue

Dior Cruise Lady Dior L’ÉTOILE

Kasut Pump J’Adior

Dior Cruise Book Tote Hijau

Dior Cruise Book Tote Merah

Lady Dior Hitam

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE