SEARCH

Stefano Gabbana Racist?! Katanya, IG Digodam Setelah Tertangkap Bersifat Perkauman

Stefano Gabbana Racist?! Katanya, IG Digodam Setelah Tertangkap Bersifat Perkauman

Instagram hacked? Itulah alasan Stefano Gabbana sebaik sahaja tertangkap dek mengeluarkan kata-kata yang bersifat perkauman. Kesan daripada kuasa tular yang membongkar sisi sebenar Stefano dan dijangka mampu menjatuhkan digniti jenama miliknya, lalu lahirlah suatu musabab yang orang kira tak masuk akal. Digodam? Oh, well.

Ini adalah persitiwa ringkas yang mentafsirkan makna ‘terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya’. Apabila mulut tak dapat dikawal, kata-kata bisa membinasakan. Bukan kali pertama pengasas Dolce & Gabbana menyatakan sesuatu yang bersifat kontroversi. Mereka pernah mengatakan sesuatu yang berkaitan dengan perkahwinan sesama jantina dan penghasilan ‘anak sintetik’ juga memanggil Selena Gomez hodoh.

stefano gabbana dolce & gabbana racist

Kali ini, ia berpunca daripada video yang dimuat naik oleh Dolce & Gabbana yang menyandiwarakan aksi model Asia – mendandani diri dalam rekaan Dolce & Gabbana – sedang menikmati makanan Itali dengan menggunakan penyepit, bagi mengiringi pertunjukan #DGLovesChina.

Ia meraih perhatian segenap Asia dan pembenci rasisme. Ada yang mendakwa ia cultural appropriation. Dolce & Gabbana dikatakan telah menstereotaipkan perempuan Asia, terutama sekali berbangsa Cina dan video tersebut mendapat kritikan hebat, dikutuk keras. Sehingga video itu dibuang oleh media sosial China yakni Weibo kerana ia dianggap menyinggung masyarakat China.

Lalu, berlakunya perkelahian di antara Stefano dengan seorang pengguna Instagram yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan video Dolce & Gabbana itu. Pengguna bernama @michaelatranova atau Michaela Phuong Thanh Tranova yang memuat naik post untuk meluahkan kemarahannya terhadap video itu dalam Instagram miliknya telah menaruh perhatian Stefano sendiri.

 

 

Stefano DM-ed Michaela, mengeluarkan kata-kata yang kurang enak fasal China, Asia dan juga tentang Vietnam – kerana Michaela asal dari Vietnam. Stefano mempertahankan dirinya dengan mengatakan “ia adalah normal untuk orang Asia makan menggunakan penyepit”, “orang Barat makan menggunakan garfu dan pisau”, kemudiannya melemparkan tuduhan bahawa “orang Asia makan anjing dan ia dianggap sebagai tindakan yang mengejikan”.

Keributan isu ini bertambah heboh pabila @diet_prada memuat naik semula perbualan antara Michaela dan Stefano dalam Instagram milik mereka pula. Dolce & Gabbana dan Stefano dihentam dan dicaci kerana tindakannya yang tidak gentar bersikap rasis.

Kini, #BoycottDolceGabbana tengah trending. Selebriti-selebriti seprti Li Bingbing dan Zhang Ziyi tidak mahu lagi menyokong produk-produk Dolce & Gabbana. Model-model daripada agensi China Bentley Modelling yang sepatutnya berjalan untuk pertunjukan Dolce & Gabbana di Shanghai turut serta memprotes. Dan kerajaan China telah membatalkan pertunjukan #DGTheGreatShow di Shanghai.

Stefano bersama-sama Dolce & Gabbana pula mendakwa Instagram mereka digodam. Dalam tahun 2018 ini, masih ada lagikah yang percayakan alasan ‘digodam’? Sejurus selepas tertangkap bersikap perkauman, mengeluarkan kata-kata kesat juga rasis, menyerang pengguna-pengguna Instagram lain dan the show’s cancelledthen you realized, it was hacked? Hmm. Teruskanlah dengan cerita-cerita itu. Harap-harap betullah ia digodam.

Kami pula mengharapakan kejadian ini bukan dek supremasi orang berkulit putih atau white privilege. Di mana mereka bisa mengolah atau melakukan apa sahaja yang mereka fikir fasal budaya dan masyarakat Asia berdasarkan pandangan satu dimensi. Disebabkan rasa kekuasaan tertinggi itu, mereka rasa ia adalah ‘okey’ untuk menstereotaipkan orang Asia, memandang rendah dan mengutuk budaya Asia. And the fact is, it’s not okay! So they better stop it. Just stop.

 

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE