SEARCH

Dress Kahwin Miranda Kerr Jadi Butir Bicara Hari Ini (Akhirnya!), Hasil Kreatif Minda Maria Grazia Chiuri Terlihat Juga

Dress Kahwin Miranda Kerr Jadi Butir Bicara Hari Ini (Akhirnya!), Hasil Kreatif Minda Maria Grazia Chiuri Terlihat Juga

dress miranda kerr

Gambar daripada vogue.com

Permuafakatan asmara cinta mereka diikat bulan Mei lepas. Namun, sampai ke sudah ia meniti di bunga bibir orang. Kerana semua mahu tahu apa agaknya rupa dress kahwin si dia. Akhirnya, semalam, ‘terbongkar’ juga dress putih nirmala yang dipakai oleh Miranda Kerr di majlis resepsi perkahwinannya!

Ya, kami berbicara tentang majlis kahwin model terkemuka Miranda Kerr dan Evan Spiegel, si pengasas Snapchat! Benarlah kata orang, dress dia umpama sama dengan dress kahwin Grace Kelly ketika majlis perkahwinannya bersama Putera Raineier. Vogue bertuah kerana mereka yang pertama sekali mendekati dress Miranda yang disebut-sebut ini dengan mengemukakan ia dalam isu Ogos mereka. Sehinggakan ada yang berseloroh lagi tentang mengapa rahsia sangat rupa sebenar dress kahwin ini. Mereka samakan ia dengan perihal post Snapchat (kerana suami Miranda pengasas Snapchat) yang bertahan untuk 24 jam, langsung sewaktu majlis kahwin Miranda Mei lepas, barangkali semua gambarnya ‘lenyap’ dalam masa sehari itu? Lol!

dress miranda kerr

Gambar daripada vogue.com

DRESS KAHWIN MIRANDA KERR DARIPADA DIOR

Impian terlaksana, Maria Grazia Chiuri dan pasukan Dior mereka dress kahwin Miranda. Mana-mana gadis pun memasang angan yang sama. Jika boleh, dress kahwin dia nanti biarlah Dior yang reka! Inspirasi Miranda dan Dior di sebalik dress ini adalah dress kahwin Grace Kelly. Mereka mencedok nada yang hampir sama pada dress Grace – lengan panjang, fits like a glove, dengan skirt kembang yang panjangnya mencium lantai. Butang balut sebagai kancing belakang juga perincian menghiasi dress, ditambah lagi sulaman jalinan sentuh pada bodice dan seluruh permukaan skirt. Miranda pakai bersama hiasan kepala hasil Stephen Jones memencarkan penampilan yang kelihatan lembut dan manis, kontra dengan lagak agresif dia di atas pentas Victoria’s Secret.

Miranda ada memuat naik gambar dia di sisi Maria dalam post terbarunya di Instagram. Miranda mengucapkan terima kasih kepada Dior kerana merealisasikan dress yang diimpikan. Maria dalam masa mempersiapkan dress tersebut mengatakan sesungguhnya ia adalah idea Miranda sendiri yang mahukan dress ala cerita dongeng dewa-dewi, yang mampu membangkitkan emosi. Maka, terhasilnya dress ini yang melibatkan batalion couturiers dalam melengkapkan serta menyempurnakannya.

Thank you Maria Grazia Chiuri and @dior for creating my dream wedding dress ✨❤️????????????t

A post shared by Miranda (@mirandakerr) on

Majlis kahwin Miranda dan Evan ini sangat peribadi. Empat puluh lima hadirin yang bertandang hanyalah famili serta teman-teman rapat mereka. Diadakan di kawasan taman di rumah mereka di California, hanyalah majlis kahwin semata-mata. Tidak ada parti bridal, tidak ada sesuatu yang besar-besaran… cukuplah ringkas saja. Anak Miranda, Flynn, berperanan sebagai pembawa cincin perkahwinan.

dress miranda kerr

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE