SEARCH

Elle Fanning & Sandiwara Semula ‘Moon River’ Tiffany & Co.

Elle Fanning & Sandiwara Semula ‘Moon River’ Tiffany & Co.

elle fanning tiffany & co believe in dreams

Setelah puas meronai serata bandar New York dalam warna biru Tiffany, sempena mengambil perkenalan Believe In Dreams bulan Mei ini, Tiffany & Co. melepaskan kempen terbarunya. Menampilkan pelakon Elle Fanning, di samping artis hip hop A$AP Ferg membintangi kempen Believe In Dreams!

Kamu ingat lagi babak pembukaan filem Breakfast At Tiffany’s yang disaingi lagu Moon RIver? Di mana Audrey Hepburn memainkan peran Holly Golightly, keluar daripada teksi, memakai dress labuh hitam, menuju ke peragaan tetingkap butik Tiffany & Co. sambil menghirup kopi dan makan roti? Sandiwara ikonik itu dihidupkan kembali oleh Tiffany & Co. untuk kempen musim bunga panas 2018 kali ini!

Tiffany & Co. menafaskan nostalgia babak yang sama, tetapi diolah moden. Aktres Elle Fanning seakan-akan memimik watak Holly Golightly yang begitu asyik dengan pameran tetingkap butik Tiffany & Co. di Fifth Avenue – tetapi tidaklah bersiap dalam dress hitam dan sekadar menghirup kopi sahaja – bersiap dalam baju hud besar dan hiasan mahkota kecil di kepala menyempurnakan gaya (penggayaan sama dengan Holly Golightly dalam babak pembukaan Breakfast At Tiffany).Sebermula kempen, semuanya dalam warna hitam dan putih. Diiringi lagu Moon River versi baru yang dinyanyikan oleh Elle sendiri dan kolaborasi bersama A$AP Ferg. Sedang Elle berimaginasi dengan barang kemas yang dipamerkan di tetingkap butik Tiffany & Co., atmosfera berubah kepada satu fantasi ala-ala muzikal. Warna biru Tiffany terus menyuasanai jalanan-jalanan kota New York, bangunan-bangunan dan pakaian semua orang. Elle menari-nari, bergerak bebas meligatkan jasmaninya.

Cerita di sebalik kempen ‘Believe In Dreams’ ini adalah untuk mengidealkan estetika Tiffany yakni bandar New York adalah tempat untuk membentuk impian serta cita-cita dan Tiffany merealisasikan ia menjadi kenyataan.

Kempen ‘Believe In Dreams’ ini diarahkan oleh Francis Lawrence, insan yang menyutradarakan filem-filem seperti Hunger Games, Water For Elephants dan baru-baru ini Red Sparrow. Ia menguji kreativiti Francis yang ‘mengotai’ New York sebagai tempat penuh magis dan luar biasa. Membangkitkan sinergi antara keberanian New York dengan tenaga tanpa henti di balik keributan ia sebagai satu metropolis.elle fanning tiffany & co believe in dreams

Coretan 30 saat daripada kempen ‘Believe In Dreams’ Tiffany & Co. arahan Francis Lawrence, menampilkan Elle Fanning.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE