SEARCH

#ONLYINDKNY: Emily Ratajkowski ‘Muse’ Baru DKNY

#ONLYINDKNY: Emily Ratajkowski ‘Muse’ Baru DKNY

Tahun 2018 menuahi Emily Ratajkowski. Sebulan yang lalu Emily bermuafakat mengahwini teman lelakinya. Kemudiannya, dia terpilih menjadi muse untuk jenama DKNY! Emily kali ini menjadi teraju utama untuk kempen-kempen musim bunga panas 2018 DKNY – diiringi tanda pagar #OnlyInDKNY – yang berlatarkan ceruk-ceruk signifikan kota New York.

DKNY musim bunga panas 2018 menikmati keindahan dan menghidu debu bandar New York! #OnlyInDKNY memegahkan jalanan-jalanan SoHo, pancaran cahaya juga keriuhan Times Square serta keributan sentral Midtown. Berpaut pada kata kunci, “We own the city, we break the rules, and we make our mark.”

DKNY menyunting model, Emily Ratajkowski sebagai dewi ilham yang mengemudi kempen-kempen musim bunga panas 2018. Emily terlihat mengitari sekitar New York – dari SoHo ke Times Square – bersandiwara melagukan Funky Town daripada Lipps Inc menerusi gerak bibir. Diolah dalam gaya seakan-akan menakali setiap pelosok New York, menghilangkan kemelut diri seraya berhubungan secara aktif dengan orang-orang lokal. Emily juga melakukan lagak dengan riak wajah, beraksi di hadapan kamera-kamera fotografer.

Emily didandani dalam ceraian-ceraian DKNY – seperti jaket bomber neon berserta bra sukan, jumpsuit, jaket mesh berhud warna merah jambu, dress koktel dan kot panjang. Dilengkapi lagi dengan sniker Banson juga aksesori lain seperti beg tangan.

DKNY MUSIM BUNGA PANAS 2018

DKNY musim ini menyelami pertentangan gaya-gaya kota dengan kebebasan femininity. Ia memerihalkan kembali alam seharian seorang perempuan – dari siang ke malam – memakai helaian-helaian asasi. Dengan menggunakan warna-warna bertenaga, material unik juga grafik-grafik berani, tergambar imejan perempuan-perempuan yang uber-cool dan penuh keyakinan.

Seperti mana yang tersimpul dalam kempen #OnlyInDKNY, DKNY mencedok ilham daripada gaya hidup work-hard, play-hard juga momentum 24 jam kota New York. Aspek-aspek moden dan sifat permisif New York menjadi butiran utama DKNY kali ini.

Antara yang menjadi highlight adalah koleksi hitam dan putih diseimbangkan dengan rona merah, biru dan hijau lumut military. Dress fit and flare pula direka dengan menggunakan fabrik mesh, manakala sut skirt direka dalam fabrik tweed yang menyerupai jaket motor.

Aksesori-aksesori DKNY termasuklah beg mini silang badan yang dihiasi charms, kasut sarung dan slides. Sudah tentu, sniker-sniker klasik menjadikan himpunan ini sempurna!

#ONLYINDKNY : HELAIAN-HELAIAN DKNY S/S 2018 PILIHAN KAMI!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE