SEARCH

Fashion Glow Up 2019 : Katie Holmes Seyogia Digelar Ikon Stail

Fashion Glow Up 2019 : Katie Holmes Seyogia Digelar Ikon Stail

Siapa fashion glow up 2019? Si peminat Khaite, hadir sebagai undangan yang menghiasi barisan hadapan pertunjukan Fendi dan paling penting gaya-gayanya banyak kali tular. Jawapannya adalah Katie Holmes dan dia patut diberi perhatian!

Sebelum-sebelum ini, jarang sekali menyebut namanya. Sekarang, penampilan Katie Holmes menitip kesedaran dan namanya sudah meniti menjadi bunga bibir orang. Daripada underrated kepada high-rated style icon. Ini adalah sebenar-benarnya glow up.

Katie membawa aliran tersendiri. Dia tidak ‘melaung’ atau ‘menjerit’, semata-mata mahu menunjukkan evolusi fesyennya. Semuanya tercetus secara bersahaja. Sebermula Katie keluar bercengekerama, menyarung kardigan kait tebal berona perang kekelabuan yang dimadukan bersama bra – sepertikan satu set atau matching set – kedua-duanya daripada jenama Khaite, masa itulah ia mengubah statusnya.

fashion glow up 2019 katie holmes

Kardigan, bra dan digabung padan dengan jean biru slim bersama kasut sarung berona hitam. That’s it. Gambar dia menggayakan look tersebut tular, terbetik menjadi sorotan utama. Dan selepas gambar itu tular, (here’s the best part), kardigan kait tebal juga bra daripada Khaite itu laris terjual dalam masa 24 jam. Hebat kan Katie? Apakah kuasanya sampai merangkum minat orang-orang ini ‘selak’ membeli kardigan dan bra itu?

Tak terduga sama sekali. Bintang remaja heartthrob zaman Millenium yang popular dengan drama siri Dawson’s Creek ini memahat dirinya sebagai ikon stail pada usia 40 tahun. Well, better late than never.

Satu-persatu penampilan serta gaya Katie mula diperhatikan. Dress Saint Laurent yang dipakai olehnya baru-baru ini untuk acara tertentu pun dipercakapkan, sementelahan gayanya memadankan kemeja putih berlengan ala leg-of-mutton (juga daripada Khaite) bersama jean biru dan keseluruhan look baju sendat hitam yang dipakai dengan seluar pinggang paper-bag turut menjadi ‘warta’ utama. Nampak gayanya, selepas ini, Katie tidak bisa lari lagi daripada lensa atau mata-mata fesyen yang pastinya tak berkeputusan memerhatikan gaya-gayanya. In fact, penampilan Katie tahun lalu dalam set sut kelabu dengan kemasan fringe bulu-bulu daripada Prada juga adalah something to talk about!

fashion glow up 2019 katie holmes

Jadi, untuk merai status fashion glow up 2019 Katie Holmes, ayuh kita teliti evolusi fesyennya!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE