SEARCH

Fashion Pact, Sustainability – Menjanjikan Dunia Fesyen Yang Lebih Cemerlang & Berwaspada

Fashion Pact, Sustainability – Menjanjikan Dunia Fesyen Yang Lebih Cemerlang & Berwaspada

Jenama Moncler yang meraih kemenangan menerusi projek Genius musim lalu, adalah antara ‘ahli keluarga’ baharu Fashion Pact!  Di persidangan G7 yang berlangsung akhir Ogos minggu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif untuk Moncler, Remo Ruffini mewartakan penglibatan jenama tersebut dan bersepakat untuk menyebelahi sustainability dalam fesyen.

Apa itu Fashion Pact? Selaku tuan rumah yang menganjurkan persidangan G7 di Biarritz, presiden Perancis, Emmanuel Marcon, telah memperkenalkan satu projek baharu yakni Fashion Pact yang membabitkan 32 kompeni fesyen, termasuklah lebih 100 jenama fesyen! Daripada jenama fast fashion seperti Zara, sehinggalah jenama high end seperti Gucci dan Chanel… semua sudah mengikat janji di bawah Fashion Pact, menjulang sustainability.

fashion pact sustainability klfw tengku syahmi
Presiden Salvatore Ferragamo, Ferruccio Ferragamo juga mengumumkan kerjasama jenama tersebut dengan Fashion Pact minggu lepas

 

Khuatir dunia yang tak mustahil bisa jadi parah, melarat dan industri fesyen tergolong dalam bidang kerja yang berupaya menjadi penyebab kepada permasalahan tersebut, lantas projek-projek yang memperjuangkan sustainability diusulkan. Membaik pulih ekosistem serta memelihara alam semulajadi, menjaga keselamatan laut, menghindari pencemaran dan paling penting mengurangkan efek pemanasan bumi menjadii aspek-aspek utama Fashion Pact.

Di samping Moncler yang baru mengangkat sumpah untuk bekerjasama dalam memulihara biodiversiti juga memastikan pemanasan bumi di bawah paras 1.5 darjah Celsius, jenama-jenama fesyen lain sudah mula melunaskan janji dan mengambil langkah awal dalam menuju ke sustainability. Contohnya Prada yang memperkenalkan inisiatif ‘Re-Nylon’, inspirasi daripada ideologi persekitaran, Stella McCartney yang kini beralih, berubah menjadi pereka fesyen mesra alam dan beberapa jenama fast fashion atau high street seperti H&M dengan UNIQLO yang mengetengahkan usaha kitar semula pakaian lama. Salvatore Ferragamo pun sudah menyertai bandwagon Fashion Pact, berpadu tenaga untuk mengurangkan cabaran yang mengancam persekitaran.

Stella Mccartney sudah menjadi ‘eco-friendly designer’ & membawa jenamanya ke arah didikan memelihara juga memulihara alam sekitar

 

Sustainability adalah kecenderungan yang kini menular ke segenap dunia dan gelombang budaya ini juga sudah mula mewarnai medan fesyen Malaysia. Pekikan syabas buat pereka Tengku Syahmi – antara pereka lokal yang menjurus kepada sustainability dan menghidangkan aspek tersebut di minggu fesyen Kuala Lumpur atau KLFW  2019 akhir-akhir ini! Tengku Syahmi bekerjasama dengan Biji-Biji Initiative yakni sebuah badan perusahaan sosial yang memperjuangkan sustainable living di Malaysia. Himpunan istimewa TSyahmi X Biji-Biji debut di KLFW 2019, memperlihatkan 12 rekaan untuk perempuan dan lelaki yang  bersendikan fabrik kimono Nakakoma Orimono.

Dalam merayakan Fashion Pact juga sustainability dalam fesyen dan STAIL.MY mahu menjadi sebahagian daripada inisiatif ini, kami sempat berdialog ringkas secara eksklusif dengan Tengku Syahmi, menyingkap sedikit himpunan kolaborasi Biji-Biji Initiative.

fashion pact sustainability klfw tengku syahmi

BAGAIMANA TERBINANYA HUBUNGAN KERJASAMA INI; TSYAHMI X BIJI-BIJI INITIATIVE?

Tengku Syahmi : Rakan sekerja saya, Ikma rapat dengan Biji-Biji Initiative dan mencadangkan nama saya kepada mereka. Seandainya kamu masih ingat lagi, rekaan-rekaan terawal saya yang dahulu pernah mengetegahkan citra sustainability – bersama Ultra, jenama kerjasama Syahmi dengan Jonathan Liang yang diasaskan oleh Tengku Chanela Jamidah. Teruja rasanya, pabila kembali mempamerkan sustainability dalam fesyen dan tahun ini, bersama Biji-Biji Initiative!

Norashahera, selaku pengasas bersama Biji-Biji Initiative yang bukan sahaja terlibat dengan sustainability ke atas teknologi dan elektronik, mahu memfokus pada seni reka fesyen yang juga salah satu bahagian di Biji-Biji Initiative. Saya bertemu dengan Nora serta pasukannya, menjalin kerjasama selama setahun dan himpunan di KLFW 2019 baru-baru ini adalah hasil pertama saya dengan Biji-Biji Initiative.

BERBICARA FASAL SUSTAINABILITY DAN KELAZIMAN KAMU DENGAN ASPEK FESYEN INI, KIRANYA KAMU KEMBALI KEPADA KEMAHIRAN ATAU KEPAKARAN KAMU.

Seperti yang saya katakan tadi, teruja kerana this is something yang pernah saya lakukan dahulu dan bersyukur kerana sampai ke sudah, pembudayaan sustainability masih belum lenyap daripada medan fesyen kita. Menjadi antara yang terawal memperjuangkan sustainability adalah sesuatu yang cukup bermakna buat diri saya.

 

ADA 12 REKAAN KAMU BERSAMA BIJI-BIJI INITIATIVE. DAN ILHAMNYA TERCETUS DERIPADA BUDAYA JEPUN?

Biji-Biji Initiative mengait perkongsian bersama Nakakoma Orimono, sebuah perniagaan pengilang keluarga di Jepun yang menghasilkan kimono dan mereka mempunyai reja-reja atau lebihan stok kain seperti sutera kimono. Mereka tertarik dan suka dengan sudut yang diutamakan oleh Biji-Biji Initiative (sustainability), lalu mengikat kerjasama eksklusif dengan Biji-Biji Initiative. Saya dan Biji-Biji Initiative mahu menafaskan kebaharuan ke atas fabrik-fabrik ini, mengeluarkan satu koleksi bersandarkan budaya Jepun dan merai fleksibliti gaya antara Samurai dengan Geisha.

Saya sempat ke Klang (lokasi utama Biji-Biji Initiative) dan melihat fabrik-fabrik yang diberi oleh Nakakoma Orimono. I was blown away! The fabrics are amazing! Dan ia menerbitkan keberiaan saya dalam menghasilkan himpunan ini.

MENGAPA PENTINGNYA KAMU UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KERJASAMA INI?

Di samping saya mahu berkarya semula dan berinovasi juga memberi platform kepada Biji-Biji Initative, saya rasa kerjasama ini penting dalam mempelbagaikan fesyen. Sementelahan, KLFW mempromosikan sustainability, saya fikir ia adalah masa yang paling tepat dan sempurna untuk mempamerkan projek kerjasama ini. Masa untuk menyampaikan mesej dan mendidik orang-orang lokal kita tentang sustainability.

PENDAPAT KAMU TENTANG PASARAN SUSTAINABILITY DI SINI… ADA SAMBUTAN?

What’s great about sustainability is, it’s the next big thing. Sungguhpun pasarannya masih agak niche sekarang, namun saya perasan orang Malaysia sudah lebih condong kepada kesedaran menjaga alam sekitar dan mementingkan mesra alam. Contohnya tidak lagi menggunakan straw plastik, tidak lagi menggunakan beg plastik dan seumpamanya. Jadi, sustainable fashion pasti ada tempatnya dalam hati orang-orang kita.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE