SEARCH

Fashionable Movies: Adakah Filem-Filem Keluaran 2018 Ini (Potentially) Jadi Filem Stylish Abad Baru?

Fashionable Movies: Adakah Filem-Filem Keluaran 2018 Ini (Potentially) Jadi Filem Stylish Abad Baru?

Filem-filem fashionable tak pernah tidak berhasil menjadi filem cult classic, kan? Ingat lagi permulaan filem The Devil Wears Prada di mana Andrea Sachs (lakonan Anne Hathaway) bersiap hendak pergi ke kerja, atau babak awal Audrey Hepburn memakai dress hitam Givenchy di hadapan butik Tiffany & Co dalam filem Breakfast At Tiffany’s sambil makan sarapan paginya.

Dan filem Marie Antoinette yang serba-serbi cantik? Bahkan filem-filem baru seperti Nocturnal Animals arahan Tom Ford dan baru-baru ini, filem Atomic Blonde juga tidak gagal mencapai standard filem fashionable. Jadi, apakah filem-filem yang terkandung dalam senarai tahun hadapan yang dijangka punya sendi sama?

Ada lima filem akan datang yang bakal muncul pada musim luruh dan musim panas tahun 2018. Black Panther akan keluar Februari tahun hadapan, kemudiannya Ocean’s Eight datang menyusul untuk berada di pawagam pada Jun pula dan Mary Poppins Return barangkali pada penghujung 2018.

Pada hemat kami, filem-filem ini berpotensi menjadi filem-filem paling stailish era baru! Mungkin akan diberi julukan fashionable movies of 2018 – dari segi kostum, wardrobe dan sosok karakter-karakter yang dilihat punya gaya tersendiri.

1. I FEEL PRETTY

fashionable movies

Foto rasmi yang diambil daripada babak filem I Feel Pretty, menunjukkan Amy Schumer sebagai teraju utama bernama Renee Barrett, memakai blazer, kemeja dan skirt daripada keluarga warna sama yakni merah jambu, bersama kasut stileto warna kuning. Pakaian Amy untuk filem ini dijaga oleh pembekal busana utama, Yafi Hoch yang pernah bekerja untuk siri Saturday Night Lives dan filem How To Be Single.

Filem I Feel Pretty mengisahkan wanita bernama Renee yang tidak percaya pada diri, namun terbangun satu hari dan merasakan dirinya adalah wanita tercantik di dunia. Kami kira Amy sengaja diberi penggayaan sebegitu – helaian-helaian merah jambu serta kasut kuning – mungkin untuk memperlihatkan sisi yakin si Renee yang tidak takut berfesyen.

2. MARY POPPINS RETURNS

fashionable movies

Watak si penjaga kanak-kanak datang lagi! Mary Poppins Returns kembali dan pengarah Rob Marshall adalah insan yang bertanggungjawab menjelmakan semula filem ini yang bakal keluar hujung tahun hadapan. Rob bertemu semula dengan Emily Blunt – yes, people! Emily Blunt akan memegang watak Mary Poppins yang baru!

First look filem Mary Poppins Returns ada menunjukkan watak Mary Poppins yang dilakonkan oleh Emily, dalam kostum ikonik yakni ceraian kot berbahu mantel dengan topi signature-nya. Kostum Mary Poppins kali ini direka oleh Sandy Powell, yang cukup terkenal dengan hasil kerjanya untuk filem Shakespeare In Love dan Cinderella. Dan Sandy sudah banyak kali meraih anugerah pereka kostum terbaik. Mungkin Mary Poppins Returns akan mengukir satu lagi kejayaan buat Sandy?

3. OCEAN’S EIGHT

fashionable movies

Secara jujurnya, filem Ocean’s Eight membuatkan saya tidak sabar menanti untuk menontonnya. Sudahlah dijangka akan menjadi antara filem stailish akan datang (menerusi ulasan orang), kemudiannya dengar khabar Anna Wintour, Alexander Wang,Zac Posen dan kebanyakan figura-figura fesyen ternama bakal membuat kemunculan. Gambar-gambar pelakon Ocean’s Eight – Helena Bonham Carter, Cate Blanchett, Rihanna, Mindy Kaling dan Sarah Paulson – sudah dilepaskan dan tersebar, memperlihatkan gaya watak masing-masing yang tersendiri.

Sandra Bullock dalam kot bulu, Cate Blanchett menyarung kot berjalur hitam putih, Anne Hathaway tidak alah bergaya dalam kot kulit eksotik, manakala Rihanna dan Helena Bonham Carter yang nampak sedikit eksentrik. Wow! Pereka kostum, Sarah Edwards bertindak menjaga pakaian watak-watak untuk filem arahan Gary Ross ini. Something to look forward to next year!

4. RED SPARROW

fashionable movies

Watak ejen Lorraine lakonan Charlize Theron yang diilhamkan daripada Debbie Harry dalam filem Atomic Blonde bagai ada persamaan dengan watak Dominika yang dimainkan oleh Jennifer Lawrence dalam filem Red Sparrow. Rambut perang muda putih, memiliki karakter menggoda dan yang paling penting, pandai bergaya. Pandai mereka menghidupkan sukma femme fatale dalam diri Jennifer.

Dia memakai dress merah, baju mandi seksi dan helaian-helaian yang mencerminkan misteri – mengiringi ciri-ciri literal seorang pengintip. Menariknya plot filem ini yang mengisahkan wanita bernama Dominika yang pada asalnya penari balet, namun dipilih untuk menjadi pengintip Rusia. Hmm, interesting.

5. BLACK PANTHER

fashionable movies

Black Panther juga adalah filem superhero yang disebut-sebut bakal menjadi hit tahun hadapan. Ia membariskan semua pelakon hebat, angtaranya Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’O, Angela Bassett dan Forest Whitaker. Mengapa filem Black Panther ini bakal menjadi filem stailish kelak?

Kerana rekaan-rekaan kostum yang cukup kreatif dan unik hasilan Ruth E. Carter. Menurut Ruth, inspirasi rekaan-rekaan kostum Wakanda – Wakanda adalah alam fiksyen Afrika dalam cerita Black Panther – terbit dari bumi Afrika itu sendiri yang mendayai dirinya. Lihat saja kostum watak T’Challa lakonan Chadwick Boseman, yang kelihatan gagah dan diperkasakan lagi dalam keunggulan warna hitam. Tidak disangkal lagi kebolehan Ruth dalam mereka kostum.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE