SEARCH

Fattastic Raya: Segak Seperti Fattah Amin Di Hari Raya

Fattastic Raya: Segak Seperti Fattah Amin Di Hari Raya

Selepas mencatat deretan kejayaan dalam laluan seninya, pelakon dan penyanyi, Fattah Amin meneroka pula lembaran baru dalam kerjayanya dengan melancarkan jenama pakaiannya sendiri, Fattastic.

Koleksi sulung jenama #Fattastic ini diberi nama #FattasticRaya, dihasilkan khas untuk Hari Raya Aidilfitri 2019/1440H. Ia dipersembahkan kepada umum pada satu majlis pelancaran dan pertunjukan fesyen yang dijalankan serentak di Banquet Hall, Aras 3, Hotel Ritz-Carlton Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan sendiri oleh tuan punya badan, Fattah Amin selaku pengasas jenama tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

#FattasticRaya menampilkan koleksi perdana yang terdiri daripada rangkaian Baju Melayu moden dan kurta yang diilhamkan dari citarasa pemakaian Fattah Amin.

Koleksi ini menitikberatkan identiti budaya Melayu, di samping masih mengekalkan elemen penting Baju Melayu, namun tetap mengenengahkan perincian moden dengan menggunakan material berkualiti tinggi. Baju Melayu #Fattastic hadir dalam sembilan warna manakala lima pilihan kurta dengan rekaan unik ditawarkan untuk dimiliki peminat.

Koleksi Baju Melayu #FattasticRaya ini dijahit dengan potongan moden-fit dan mempunyai butang praktikal di lengan yang memudahkan pergerakan selesa si pemakai di pelbagai situasi. Terdapat satu perincian khas iaitu penggunaan butang di poket depan yang jika dilihat secara dekat mempunyai tiga perkataan #Fattastic.

Baju Kurta #FattasticRaya pula dihasilkan dari material kapas premium yang dijahit dengan potongan longgar lengkap butang #Fattastic di sisi lengan. Ia boleh digayakan dalam gaya lengan jatuh sepenuhnya atau lengan dilipat naik serta sesuai dipakai untuk majlis rasmi atau acara santai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Koleksi Fattastic Raya by Fattah Amin ini adalah terhad dan boleh didapati secara pra-tempahan bermula tanggal 15 April 2019. Pembeli awal layak menerima hadiah istimewa #Fattastic yang dijamin bakal membuat raya kamu tahun ini jauh lebih berseri.

Majlis pelancaran #FattasticRaya dihoskan oleh DJ Sonic, turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh rakan artis, Mel Ramlan dan teman di bawah pengurusan rumah rakaman yang sama (Universal Music Malaysia) iaitu Alvin Chong dan Zaim Ajmal.

Fattastic Raya by Fattah Amin Alvin Chong Zaim Ajmal

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE