SEARCH

Februari, Bulan Cinta & Kesejahteraan… #cantwait!

Februari, Bulan Cinta & Kesejahteraan… #cantwait!

Masuk bulan Februari, mempertalikan kecintaan dan merai kemakmuran. Bulan di mana kali ini hari kekasih dan tahun baru Cina yang saling berdekatan sambutannya, membentuk suasana yang sarat dengan harapan dan optimisme. Hadiahi dia, yang tersayang malah diri kamu sesuatu yang berbaloi untuk dipunyai. Telah kami susun atur pilihan – Fendi, Miu Miu, Levi’s, COS dan banyak lagi – yang mempersembahkan item istimewa sebagai tanda Hari Valentine’s juga Tahun Lunar!

FEBRUARI : UNTUK VALENTINE’S DAY

FENDI #FENDILOVES

Februari Valentine's Day

Terasa kuat atmosfera cinta di Fendi. Bertemankan tanda pagar FendiLoves, membuktikan love wins. Dalam mengiringi Hari Valentine’s, Fendi melancarkan beg bucket mini Mon Tresor yang muncul dalam reka bentuk menarik, disimbah pelet putih pastel melambangkan cinta kudus. Moden dan dalam masa sama masih mencirikan romantik, menggambarkan attitude ketersendirian.

Untuk video kempen koleksi istimewa ini, ia menampilkan penyanyi asal Itali yakni Joan Thiele. Joan bernyanyi melafazkan lagu yang kedengaran nakal bunyinya berjudul ‘Polite’. Suasana Joan menyanyi disaingi oleh barisan penari balet, membuatkan keseluruhan konsert bertukar menjadi konsert funky. Susunan muzik ala rentak 80an menyempurnakannya.

L’AMOUR MIU MIU

Warna asas cinta mengilhami Miu Miu dalam merai makna cintanya bulan dua ini. Miu Miu memperkenalkan L’Amour Miu Miu, satu himpunan eksklusif bersempena Hari Valentine’s yang hadir dalam rona yang bukan sahaja merah, malah putih dan merah jambu.

Rona kulit matelassé yakni merah ‘fuoco’ mewarnai beg My Miu yang lengkap dengan strap rantai bras. Palet yang sama juga digunakan pada beg The Miu Lady, yang turut menawarkan rangkaian warna lain seperti putih terang dan merah jambu ‘orchidea’, dikemaskan lagi dengan gancu batu serta efek vintaj.

Februari Valentine's Day

Miu Miu tidak terlepas daripada sesuatu yang menggambarkan himpunan musim bunga panas 2018. Corak hati dan buah strawberi comel (seperti yang terlihat pada himpunan musim bunga panas 2018) diolah dalam rupa lakaran tangan pada beg clutch yag kini hadir dengan rantai kristal. Small leather goods pula diberi nafas baru. Sudah tentu warna merah, merah jambu dan hitam menyimbah sebagai rona utama yang digabungkan dengan tampalan berkilauan tertulis ‘Miu Miu’ serta ‘Love’.

ANTARA ITEM-ITEM KOLEKSI L’AMOUR MIU MIU

PAUL SMITH GIFT GUIDE

Masih tercari-cari lagi idea ‘apa untuk si dia?’ Nah! Paul Smith  mengajar kita tentang gift guide untuk Hari Valentine’s!

Kelainan daripada Paul Smith pula adalah menghimpun item-item yang melambangkan hari kekasih sebagai manual pemberian hadiah buat si dia tercinta. Istimewa buat lelaki, Paul Smith mencadangkan dua item utama – baju panas dengan butiran tampalan berharga RM990 dan kemeja T dihiasi grafik bunga berharga RM530.

Manakala cadangan buat wanita pula adalah beg sandang dengan strap rantai halus dalam harga RM3,990 juga dompet yang berharga RM1,890.

Februari Valentine's Day

FEBRUARI : UNTUK TAHUN BARU CINA

SEMANGAT TAHUN LUNAR COACH

Dalam menyemarakkan Tahun Baru Cina kali ini, Coach akan memberi beg pouch istimewa yang muncul dalam dua rekaan berbeza – beg pouch dengan corak cetak timbul maskot Coach, Doggy dan yang satu lagi penuh corak daun berbentuk hati menyemangati Americana. Kedua-duanya hadir dalam warna merah menyala, sebagai simbol tahun lunar. Bagaimana mendapatkan beg pouch ini? Dengan setiap pembelian bernilai RM2,100 dan ke atas!

Jadi, untuk merai semangat ini, Coach memperkenalkan himpunan Parker Collection – yang dilepaskan, mengambil sempena Tahun Baru Cina dan antara rangkaian terbaru Coach.

Ringan dan rekaannya structured, mencerminkan versatility dan masih mengekalkan gaya ala downtown… itulah beg Parker daripada Coach! Ia diolah dengan menggunakan material kulit quilted, dipersembahkan dalam blok rona yang dicantumkan dengan rivet halus juga butiran kekunci signature “C”. 

Februari Tahun Baru Cina
Paket warna merah daripada Coach yang akan diberi untuk setiap pembelian bermula Februari ini

 

Rujukan yang menjadi inspirasi beg Parker Coach diambil daripada karakter yang sudah sinonim dengan Coach yakni beg saddle. Siluet yang menarik dan elegan, disematkan bersama teknik kraf tradisional juga akar umbi Amerika Coach, menjadikan beg ini luar biasa. Terutama sekali pada butiran quilting yang memencarkan teknik kraf yang dimaksudkan, dilengkapi perincian stitching untuk memodenkan rupa.

Kami mengisih opsyen beg Parker Coach di bawah ini… and which one is your favourite?

SIMPLE, CLEAN COS

Februari Tahun Baru Cina

Buat kamu yang sukakan sesuatu yang minimal, ringkas dan sesuatu yang streamlined untuk digayakan Tahun Anjing kali ini. COS tidak ketinggalan menampilkan koleksi kapsul aksesori beg, merayakan Tahun Baru Cina.

Rekaan bersih dan tidak rumit, membayangkan sesuatu yang ultra-moden tahun ini. Edisi terhad daripada COS – boleh didapati di stor-stor COS terpilih, di Malaysia, China, Hong Kong, Korea dan Singapura – mempersembahkan beg yang sangat praktikal dan mencirikan versatility. Ia boleh digayakan dalam cara menyilang pada tubuh, belted pada pinggang atau sandang pada bahu. Ia sengaja direka dengan tali beg boleh laras untuk memudahkan penggayaan.

Dua warna menjadi tumpuan utama, sudah tentulah merah untuk wanita dan warna biru kelasi pula untuk si lelaki. Ia kini sudah berada di pasaran dalam harga RM425.

‘ANATOMI’ BEG TAHUN LUNAR EDISI TERHAD COS

LEVI’S CNY 2018

Levi’s mempunyai satu permintaan yang harus dilunaskan tahun ini. Dalam menyambut Tahun Baru Cina, Levi’s menghendakkan kamu untuk menunaikan resolusi yang selama ini terpendam dan tidak sempat dilaksanakan. Levi’s meminta kita menghentikan janji-janji kosong!

Februari Tahun Baru Cina

Himpunan Tahun Baru Cina 2018 memperlihatkan Levi’s tidak menghampakan dari segi rekaan dan stail. Idea-idea segar pada inovasi disatukan untuk mencipta gaya yang punya aspek ketersendirian.

Kontemporari yang mempertemukan moden dengan yang klasik menjadi prinsip Levi’s. Elemen tradisional Tahun Baru Cina dimadukan bersama estetika gaya-gaya jalanan. Logo tapak kaki anjing – mengambil sempena Tahun Anjing – diperkenalkan sebagai tanda sesuatu yang istimewa, dibawakan khusus oleh Levi’s. Levi’s memperbaharui item-item seperti jean biru, kemeja T, kemeja, blaus dan baju panas untuk dipakai 16 Februari kelak.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE