SEARCH

Fendi Menampilkan Formula ‘Ffreedom’ = Femininity + Hi Tech

Fendi Menampilkan Formula ‘Ffreedom’ = Femininity + Hi Tech

Dalam pada keghairahan dunia fesyen sekarang yang menumbangkan tanggapan stereotaip wanita dan memberatkan perihal kekuatan wanita, Fendi merencanakan satu idea pada rekaan-rekaan kasutnya musim ini. Ultra-feminin, mencorakkan statement baharu pada aspek teknologi tinggi bertemu keterampilan luar biasa.

Fendi memperkenalkan FFreedom –  himpunan rekaan kasut yang lahir daripada hasil ciptaan untuk musim luruh dingin couture 2018 dan 2019! Sewaktu pertunjukan couture Fendi ini di Paris, terlihat rekaan kasut yang menyatukan aspek elegan bersama kemodenan serta keunikan kasut Ffreedom. Daripada mana terbitnya idea nama Ffreedom? Idea double F Ffreedom itu senama dengan logo ‘FF’ Fendi yang diolah menjadi julukan utama.

Menyemat artistik dan kesenian pada hiasan serta rekaan, siluet kasut Ffreedom hadir dalam rupa bersegi (bentuk utama) yang dimadukan dengan bentuk sedikit membulat pada bahagian penjuru. Rekaannya yang sedikit menggoda disempurnakan dengan butiran tiga dimensi dan elemen seni reka membuktikan kemahiran kerja serta buatan yang menakjubkan!

fendi ffreedom shoes couture 2018 2019

Seputih tapaknya ditambah kemasan hitam untuk menampakkan kontras yang seakan-akan memperlihatkan rupa ‘frame’ pada kasut. Dan motif grafik yang diilhamkan oleh Art Deco, yang menghiasi seluruh bahagian anatomi kasut Ffreedom, menafaskan pesona.

Material ‘framis’ – material teknikal yang lazimnya digunakan untuk dunia sukan dan untuk proses heat-sealing – menghidupkan sifat ultra-feminin pada Lycra bersama graphism dan sifat tiga dimensinya. Logo ‘Ffreedom’ pula yakni logo huruf ‘F’ diolah dalam material ‘framis’ pada bahagian tip kasut. Untuk kasut Ffreedom rangkaian fabrik satin, bahagian tip yang dihiasi huruf ‘F’ ini dihiasi lagi perincian batu permata serta kristal. Kasut-kasut ini terbahagi kepada rona-rona yang berbeza; daripada merah jambu lembut sehinggalah fuchsia pendarflour; untuk menegaskan nada glamor Ffreedom.

Secara subtle, logo Ffreedom disuntik pada sandal dan kasut pump, yang dilengkapi tampal hias bercantum daripada material berbeza-beza. Contohnya fabrik Lycra dan fabrik jaringan warna-warni. Tekstur yang bertujuan untuk menampakkan sifat tiga dimensi berserta bahagian upper kasut tersebut yang mempersembahkan sulaman seakan-akan zig-zag yang mengumpamakan kelim jahit atas mengunikkan lagi kasut Ffreedom. Sudah tentu, tidak lupa sentuhan sifat kesukanan – seperti pengikat pergelangan kaki – yang dilengkapi corak tipografi logo jenama ‘FENDI’, menjadikan kasut Ffreedom ini mengoptimumkan kebaharuan!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE