SEARCH

#LuggageGoals! Fendi X Rimowa Muncul 2 Lagi Warna

#LuggageGoals! Fendi X Rimowa Muncul 2 Lagi Warna

fendi x rimowa luggage

Kolaborasi yang bisa membuat orang jadi ‘gila’! Hubungan kerjasama yang sekali lagi dipelihara bagi melantaskan estetika mewah dan stail dalam alam pengembaraan. Selepas debut pada bulan November tahun lalu – memperkenalkan warna hitam dan kuning – Fendi X Rimowa tahun ini menambah dua lagi warna yakni merah dengan biru pada beg bagasi troli ‘one-of-its-kind’ –nya!

fendi x rimowa luggage

Si perantau yang tak berkesudahan pergi mengelana ke dunia asing berbekalkan gagasan #LuggageGoals. Datang bertandang, menarik beg bagasi troli penuh gaya dan praktikal adalah kehendak si anak dagang ultra-moden. Where fashion meets practicality. Di mana jenama fesyen Fendi bertemu Rimowa, mencetuskan korelasi yang luar biasa.

Bayangkan pertembungan antara keunikan kraf serta keunggulan mutu Rimowa dengan aura mewah juga butiran fesyen Fendi… menghebatkan alam pengembaraan kamu!

Beg bagasi troli saiz kabin atau carry-on dalam rekaan kontemporari – rekaan yang biasa terlihat pada mana-mana bagasi Rimowa – Fendi X Rimowa diperbuat daripada aluminium tahan lama dan dilengkapi sistem multi-roda yang bersifat inovatif. Disempurnakan lagi dengan material kulit Cuoio Romano yang cukup signifikan buat jenama Fendi. Menjanjikan pengembaraan yang mengoptimumkan kelancaran dan perjalanan tenteram.

Beg bagasi koleksi kapsul ini menampilkan logo double ‘F’ (logo sinonim Fendi) diolah dalam efek brushed, menyarati permukaan aluminium beg yang bisa terjelma secara subtle mengikut kadar pencahayaan. Untuk membangkitkan sentuhan Fendi pada beg bagasi ini, material kulit Cuoio Romano digunakan pada bahagian pemegang di atas juga tepi, bersama tali web dengan logo ‘FF’ yang menyilang membaluti beg.

Tidak cukup dengan itu sahaja, malah bahagian dalam beg juga dikemaskan dengan lining fabrik neoprene hitam yang dipenuhi cetak logo ‘FF’ timbul.

Dan sudah tentu, hal-hal praktikal tidak disisihkan. Conothnya seperti sistem Flex-Divider yang boleh laras menjadikan beg bagasi ini functional. Berserta bahagian kekunci TSA (Transportation Security Administration) juga beg pelindung dan keringanan yang menepati ciri-ciri yang sering bersangkut paut dengan jati diri jenama Rimowa.

Personalization turut diperkenalkan di mana pelekat juga tag nama pada tali web beg boleh customize – sama seperti staple feature pada beg-beg Fendi. Apa yang menjadikan koleksi kolaborasi ini lebih menarik lagi? Bag charms yang diperbuat daripada bahan Cuoio Romano disertakan bersama, sebagai aksesori tambahan!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE