SEARCH

Gaya Blazer Jean Neelofa Ketaasuban Kami Minggu Ini & Kami Ada Cadangan

Gaya Blazer Jean Neelofa Ketaasuban Kami Minggu Ini & Kami Ada Cadangan

Minggu ini kami ada ketaasuban baharu : gaya blazer jean Neelofa pakai dalam salah satu gambar #OOTD akaun Instagram-nya! Neelofa yang sudah mengepal erat status quo ikon stail atau insan paling stailish, menghebatkan hasrat kami untuk sediakala meneliti gaya-gayanya. Dengan padanan gaya-gaya berani candang, tidak pernah ranap sekalipun ada yang menaruh rasa kurang gemar pada penampilannya itu dan mencabar dirinya untuk bereksperimen dengan fesyen, bagi kami, Neelofa adalah ‘Best Dressed’ selebriti Malaysia untuk sepanjang 2019!

Neelofa baru sahaja memuat naik gambar #OOTD minggu lepas dan ia adalah antara gayanya yang kami suka! Imejnya yang berhijab dimadukan bersama blazer besar, dengan jean mom’s yang dilipat senteng pada hujung kakinya, seraya bertali pinggang besar. Benar-benar membangkitkan mood 80an dan 90an. Cara padanan sungguhpun ringkas dan bersederhana, namun nampak moden untuk seorang hijabista. Malah, permainan ceraian juga clean, tidak melewati batas dan in a way, gaya tersebut bersifat uniseks – lelaki pun bisa mengadaptasi gaya tersebut.

Ia membuka minda kami, membuahkan satu inspirasi dalam pada kita menyinggahi tahun baru nanti. Inspirasi untuk menjadikan penampilan Neelofa itu sebagai satu rujukan gaya tahun 2020. Plus, gaya blazer besar masih belum luput daripada ‘radar’ fesyen, kut. In fact, trend musim bunga panas 2020 masih teguh lagi gaya blazer besar sebegini.

INSPIRASI GAYA BLAZER JEAN NEELOFA

Kami menyusun beberapa ceraian – daripada jenama high street dan berpatutan – sebagai cadangan untuk ‘tiru’ gaya blazer jean Neelofa.

90% GAYA INSTAGRAM NEELOFA

gaya blazer jean neelofa

Gaya ini ‘sebiji-sebiji’ diinspirasikan daripada Instagram Neelofa. Cuma kami ubah blazer kelabu yang Neelofa pakai dalam gambar Instagram-nya itu kepada blazer baldu berona hitam Miss Selfridge. Jean mom’s daripada Pull & Bear ini pula siluet yang hampir sama dengan jean yang Neelofa pakai. Bercakap fasal kesamaan, kami sengaja memilih kasut tumit tinggi Aldo daripada Zalora ini – kerana reka bentuknya hampir sama. Tali pinggang dengan butiran lelubang serta rantai Bershka ini sekadar untuk menambah kelainan. Oh, tak lupa kaca mata Milliott & Co. daripada Zalora untuk melengkapi gaya!

IT’S NOT ROCKET SCIENCE

gaya blazer jean neelofa

Sekalipun tidak memiliki blazer atau jean mahupun kasut yang hampir sama dengan Neelofa, ingat… it’s not rocket science! Boleh saja ‘tiru’ gayanya berdasarkan apa-apa ceraian yang kamu ada – walaupun ronanya atau bentuknya sedikit berbeza. Semuanya tentang siluet gayanya sahaja. Untuk sedikit perbezaan, kami cuba memadankan blazer labuh Zara ini bersama jean mom’s berona hitam lusuh daripada Topshop. Tali pinggang Uniqlo berona perang gelap sebagai kontra, manakala kasut tumit tinggi unik daripada Dorothy Perkins ini bagi merancakkan lagi penampilan. Disudahi oleh kaca mata hitam aviator Superdry.

VIBING OUT
gaya blazer jean neelofa

Meneruskan inspirasi gaya Instagram Neelofa ini dan merujuk siluet gayanya itu, membuatkan kita rasa seperti mahu menghimpun beberapa blazer dan jean mom’s labuh dalam gerobok, kan? Seandainya mahu menjadikan ia identiti gaya kamu, apa salahnya? Mungkin untuk gaya malam atau pesta-pestaan bersama teman pada hujung minggu, sesuaikan diri dengan gaya blazer labuh dan jean mom’s. Sebagai contoh, blazer single breasted rona hijau pucat daripada Topshop ini dipadankan bersama jean hitam Zara. Menyempurnakan keseluruhan gaya dengan kaca mata bercorak cangkerang penyu Topshop, kasut but daripada Zara dan tali pinggang metalik Dorothy Perkins.

GABUNGAN MASKULIN + FEMININ
gaya blazer jean neelofa

Blazer labuh ala blazer Neelofa? Pakai blazer teman lelaki kamu! Ya, kami cadang blazer kelabu lelaki daripada COS ini! It’s 2020, gaya tidak lagi disempadani oleh jantina dah. Kemudian, jean mom’s Miss Selfridge dengan pinggang paper-bag ini dan kaca mata Guess yang berbingkai ala mata kucing untuk menghidupkan keunikan gaya. Ia tidak berhenti di situ. Lebih menarik lagi, gabung padan kasut stiletto merah jambu metalik Bershka – ada biasan gaya 80an – bersama tali pinggang daripada Pull & Bear.

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE