SEARCH

#PerfectNever: GIGI HADID MEMPERKASA WANITA DALAM KEMPEN TERBARU REEBOK

#PerfectNever: GIGI HADID MEMPERKASA WANITA DALAM KEMPEN TERBARU REEBOK

Peragawati antarabangsa dan personaliti terkenal, Gigi Hadid bertinju bersama jenama Reebok melalui kempen #PerfectNever, kempen terbaru yang memperkasakan golongan wanita.

Kempen ini membawa penonton dan penggiat sukan masuk ke gelanggang tinju bagi memperlihatkan semangat dan kekuatan sebenar seorang wanita dalam melakukan aksi-aksi keras sukan tinju, namun tetap mampu kelihatan cantik berkat persalinan sukan serba lengkap Reebok.

Baru-baru ini, buah hati Zayn Malik ini juga turut berkongsi beberapa pesanan memperkasakan wanita dalam kiriman rasmi Instagramnya, sesuai tema kempen terbaru Reebok ini.

Semua ini gara-gara insiden Hadid yang hampir diserang secara seksual oleh seorang ‘peminat gila’ di Milan, beberapa minggu lalu. Entah bagaimana ‘si gila’ terlepas kawalan penjaga keselamatan peribadi Hadid yang ketat. Dia menyelusup masuk dan terus memeluk Hadid (ketika itu ingin masuk ke dalam kereta) dari arah belakang. Hadid tanpa teragak-agak mengejar dan menendangnya sebelum dia (si gila) berlari laju dari pandangan kamera.

Ibu mengirim gambar saya menendang ‘si gila’ itu sambil berkata ‘Good Girl’. Sejak kecil ibu mengajar saya hak sebagai seorang wanita. Kini sampai masanya pula saya mengajar peminat (gadis & wanita) mempertahankan hak dan melindungi diri mereka ! – Gigi Hadid

intro-pic-gigi-hadid

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE