SEARCH

Gigi Hadid Ukir ‘Sejarah’, Pertama Kali Berjalan Untuk Prada

Gigi Hadid Ukir ‘Sejarah’, Pertama Kali Berjalan Untuk Prada

Ya tak ya, tak terkandung dalam ingatan pun bahawa Gigi Hadid tak pernah berjalan untuk pentas Prada. Setelah bertahun-tahun, saling berganti musim, Prada belum pernah cast Gigi sebagai salah seorang model mereka. Masuk minggu fesyen lelaki musim luruh dingin 2019 yang tengah berlangsung sekarang dan selepas Prada mempamerkan himpunannya empat hari lalu, barulah terlihat sosok Gigi berjalan untuk jenama Itali ini!

Belum lama ini, Prada disebut-sebut orang. Bukan sesuatu yang dibanggakan oleh Prada, apatah lagi serasa megah, apabila ia dikaitkan dengan keterterapan sifat rasis sebaik sahaja ia melepaskan peragaan tetingkap – yang menampilkan ikon Prada yakni Pradamalia – yang dikatakan seakan-akan mempermainkan bangsa kulit hitam. Ia menimbulkan kegusaran orang dan rasa tidak puas hati dengan Prada.

 

gigi hadid anok yai prada menswear fall winter 2019 milan

Memetik kata Miuccia Prada sendiri, “Apa sahaja yang dilakukan sekarang sangat sensitif dan salah sikit, dianggap merenggut moraliti.” Bukan mudah sekarang, apa-apa sahaja yang dibuat seandainya ada secubit kesalahan, bisa menyakitkan hati selautan manusia.

Ironinya, Prada mencipta sejarah apabila ia menjadi jenama fesyen pertama yang menyunting model Anok Yai untuk pertunjukan musim luruh dingin 2018 lepas. Dan mengapa Anok penting buat Prada? Kerana Anok adalah model berkulit hitam kedua yang Prada sunting sebagai pembuka pentasnya, selepas Naomi Campbell, yang pernah menjadi pembuka pentas Prada pada 1997 – sama seperti Louis Vuitton yang mengambil Janaye Furman, model berkulit hitam, sebagai dewi ilhamnya.

Sekali lagi, pengambilan Anok untuk menjadi pembuka pentas kiranya telah memahat detik terpenting buat Prada. Malah cara Anok dipanggil bekerja untuk Prada pun agak luar biasa di mana Prada menjumpai dia menerusi Twitter. Prada tidak menghentikan daya upaya dalam membentuk Anok sebagai muse, dan dia terus dipotret dalam kempen musim bunga panas 2019 yang dihasilkan oleh fotografer Willy Vanderperre.

Selepas hal Anok berjaya memusatkan perhatian pada Prada baru-baru ini, terbetik satu lagi warta yang mengait satu lagi sejarah buat jenama Itali ini. Gigi Hadid pertama kali berjalan untuk Prada! Prada beroleh publisiti untuk minggu fesyen lelaki musim luruh dingin 2019 setelah mengambil Gigi berjalan untuk pentasnya, sungguhpun sudah lima tahun dia aktif dalam dunia peragaan!

Being Gigi is not easy. Sebagai individu yang mengelompokkan sekumpulan haters, ada sahaja yang berhati busuk dengan pencapaian Gigi. Ada yang bilang kerana dia dibayar tinggilah dan perjalanan kariernya sebagai model sebenarnya mendatar. Pun begitu, ia sekelonet pun tidak menggugat kedudukan Gigi. Apa-apa pun, pengalaman julung kali Gigi di Prada bukan sahaja satu ‘detik bersejarah’ malah menjadi ‘dialog’ utama minggu fesyen lelaki bulan ini!

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE