SEARCH

Giorgio Armani Memperkenalkan Koleksi Kapsul Khusus Untuk Net-A-Porter Mulai Hari Ini!

Giorgio Armani Memperkenalkan Koleksi Kapsul Khusus Untuk Net-A-Porter Mulai Hari Ini!

Tiba waktunya untuk unboxing haul Giorgio Armani yang barangkali dibeli di atas talian bermula hari ini. Ya! Hari ini, tanggal 1 November, Net-A-Porter mengeluarkan himpunan kapsul istimewa Giorgio Armani… Finally, its out now! Maestro fesyen yang tidak asing lagi dan antara yang mengungguli persada fesyen Itali, mereka secara eksklusif khusus untuk rangkaian online shopping nombor satu dunia ini.

Sesuatu yang tak makan dek zaman dan mencerminkan identiti Giorgio Armani selama ini, memokokkan pangsi ilham rekaan koleksi kapsul Giorgio Armani untuk Net-A-Porter. Apa yang menjadi sendi kepada rekaan-rekaan eksklusif Giorgio Armani Net-A-Porter adalah corak-corak yang diberi nafas baru, yakni corak seni taman Oriental.

Sut hitam Giorgio Armani lining Jacquard
Sut warna hitam dengan ‘lining’ fabrik jacquard corak Oriental

 

Motif corak tersebut dihasilkan semula menerusi teknik jacquard juga mengolah ia dalam rupa yang jarang dan halus. Dan satu-satunya palet warna yang digunakan oleh Giorgio Armani sebagai dominan yang meronai corak-corak Oriental ini adalah warna hitam.

Daywear ke pakaian malam terangkum dalam koleksi kapsul Giorgio Armani untuk Net-A-Porter, yang takkan terlepas daripada nilai-nilai elegan juga santun sofistikated – nadi utama jenama ini. Gaya siang mahupun untuk kerja mempertaruhkan rekaan sut warna hitam penuh yang diiringi jaket blouson dan juga kot trench fabrik jacquard yang disimbah motif corak Oriental.

Dress Giorgio Armani all black koktel
Dress warna hitam penuh untuk gaya koktel atau acara malam

 

Blaus fabrik georgette dan gaun labuh lembut pula melengkapkan tema gaya koktel atau malam formal, tambah-tambah lagi helaian-helaian bercorak yang dibalas warna hitam sebagai kontra, memperkasakan penampilan. Himpunan ini turut disempurnakan aksesori-aksesori utama seperti kasut flat, sandal bertumit runcing dan beg clutch dengan tali bahu metalik.

Apa yag menariknya, dalam masa sama kumpulan Armani juga melancarkan laman web terbaru mereka yakni Armani.com dengan harapan untuk menguasai dunia digital pula. Seperti yang dikatakan oleh orang masa kini, ‘Now, everything goes digital’, mungkin Armani akan mengubah orientasi bisnes mereka satu hari nanti? Memfokus kepada alam digital dan e-dagang?

Dress malam Giorgio Armani strapless dengan skirt Jacquard Oriental
Dress malam ‘bodice’ hitam ‘strapless’ dan kontra dengan skirt labuh jacquard bercorak

 

Gaun malam Giorgio Armani Net-A-Porter Jacquard corak Oriental
Gaun panjang labuh fabrik jacquard corak Oriental yang menjadi motif utama

You May Also Like

Leave a Reply

SUBSCRIBE